Jumaat, Mac 19, 2010
Dokudrama
Selepas puas menikmati fragmen-fragmen revolusi lewat filem Che arahan Steven Soderbergh, senggang waktu yang ada saya lanjutkan untuk menonton dokudrama al-Ghazali.
Dan riwayatnya itu harus dikongsi, wajib!
Selasa, Mac 09, 2010
Lara
Sebelum ini, saya masih dalam keraguan. Ketidakpastian itu sengaja saya kaburkan dengan kata yang positif. Sebetulnya, ia hanyalah untuk menyemangati diri agar menanam harapan pada sebuah impian yang terlihat buntu.
Kini, setelah jiwa dirobek, saya harus jujur. Tiada lagi kata yang mampu menyimpulkan lara. Saat keluar dari toko yang menyimpan jutaan laras bahasa pujangga dan kecamuk pemikiran pemikir agung dunia, status saya bertukar - muflis!
Maka sahlah telahan awal sang Nostradamus jadian. Saya hanya akan melambai tangan pada teman-teman yang akan ke pesta buku di penghujung bulan. Ziarah saya ke Kinokuniya hujung minggu lalu telah merabakkan kocek dalam kepiluan.
Jiwa berantakan melunaskan bacaan. Berikut adalah senarainya;
1) Our Decline; Its Causes and Remedies - Amir Shakib Arslan
2) The Argumentative Indian - Amartya Sen
3) In A Free State - V.S Naipaul
Selamat tinggal Pesta Buku Antarabangsa! Lain masa kita berjumpa!
---------------------------------------------------------------------------------
Ini hanya omong jiwa yang sengaja saya lebihkan rasa. Over-exaggerate dalam catatan ini tak perlu diambil serius. Hey, humor lah sikit, haha!

Labels:
Aktiviti,
Omongan Jiwa,
Telaah Buku
Jumaat, Mac 05, 2010
Langit Oktober
Homer Hickam bukan anak muda biasa. Ia tidak tipikal apatah lagi diperangkap oleh tradisi. Homer - begitu panggilannya, adalah anak muda berjiwa besar yang mengerti makna harapan dan cita-cita. Berbekalkan impian, ia jadi pemberani.Dan sebab-sebab itu lah yang menjadikan saya terpaku. Keseluruhan otot dan tubuh saya kejap di bangku menelusuri jalan panjang yang dirintis anak muda ini. Bersama tiga orang temannya yang lain, mereka mencipta kehidupan baru.
Ia semacam satu taboo untuk mengungkap sesuatu yang janggal dalam kehidupan lazim masyarakat. Situasi waktu itu memaksa Homer memerah keringat di lombong timah, aktiviti sara diri yang telah lama sebati dalam persekitarannya.
Sepertinya satu takdir buat mereka untuk menamatkan persekolahan dan terus menurut masa depan yang telah dirancang - ke lombong timah. Meski acapkali membentak dan memberontak, ia tak dipedulikan sesiapa. Malah hanya ditertawa.
Saat itulah langit mula menghantar semangat. Kesemua mereka mempersetankan cemuhan demi sebuah khayalan yang mereka yakini. Lintasan Sputnik tambah membakar hati yang kian mengembang, sebelum terbongkar. Ya, mereka mencabar kejumudan!
Kesemuanya kini hanya tinggal sejarah yang akan dikenang selamanya. Aktiviti perlombongan musnah. Sesuatu yang tak pernah terbayang di fikiran. Tapi begitulah ia berkisah. Dalam cantuman fragmen-fragmen derita, ia membuah cerita.
Kisahnya bergerak dengan inspirasi yang tak kunjung padam. Kembara Homer dan teman-temannya adalah kerterujaan besar memecah langit. Begitulah yang mereka ingingkan. Demi keazaman unggul, langit Oktober bercahaya penuh gemerlapan!
Senggang
Saya kini sedang menikmati hidup. Itu alasan paling mudah untuk dikhabarkan pada teman-teman yang resah melihat saya kurang produktif. Sebahagian mereka merungut dan sempat menyinggung konon saya anti-sosial dan kesunyian, haha!
Umumnya, saya lebih senang mengisi masa berbuat apa yang saya mahu. Membebaskan diri daripada tuntutan dan kemahuan orang lain yang meletihkan rupanya cukup indah. Tiada lagi resah berpanjangan dan rasa hampa yang tak kunjung sudah.
Ia tambah menarik saat saya menerima maklumat sahih daripada seorang tabib. Katanya, dalam suhu 40 darjah Celsius, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan hanya bernafas. Nah, itu cukup menggembirakan dalam kemarau berpanjangan!
Maka selain bernafas tanpa henti(kerana malas bersukan), dan tidur tanpa batasan, saya akan terus beraktiviti memuaskan diri. Dalam senggang waktu begini, tentu saja akan saya manfaatkan sebaiknya untuk membaca, dan terus menonton filem!

Omongan Jiwa
Ahad, Februari 21, 2010
Ali Mandegar
Filem terbaik dalam Festival Filem Montreal 1998 ini baru selesai saya tonton. Sebuah kisah ringkas anak miskin Iran bernama Ali Mandegar yang cukup menginspirasi. Dengan hanya berkisar seputar kasut yang rabak, ia terlihat kaya.
Dan filem kita, "cerminan sosial" kononnya, terus muflis jiwa!
Jumaat, Januari 29, 2010
Minyak 3
Kita orang Kelantan ni walaupun miskin, tapi tidak(bukan) peminta sedekah!
-Tengku Razaleigh Hamzah
-Tengku Razaleigh Hamzah
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Tokoh
Khamis, Januari 28, 2010
Minyak 2
One evening Tun Razak called me and asked me to form a body to manage this oil for the benefit of the people.
-Tengku Razaleigh Hamzah
-Tengku Razaleigh Hamzah
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Tokoh
Minyak 1
I stand here representing only myself. I am here upon principle.
-Tengku Razaleigh Hamzah
-Tengku Razaleigh Hamzah
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Tokoh
Allah
Sebetulnya, sehingga ke hari ini, saya masih belum menekuni kesemua hujah dan syarah seputar kontroversi penggunaan kalimah Allah. Sementara ia belum berjaya saya sudahkan, tentunya tidak adil untuk mengeluarkan pandangan mengenainya.
Menghormati kesarjanaan ulama dan ilmuan yang membahas isu ini, saya fikir kita juga harus sama-sama mencerahkan pemikiran dan sudut pandang yang kabur. Di satu sisi, mereka membolehkan sebelum ditentang oleh pandangan dari sisi yang lain.
Persoalan teologi yang berbangkit tidak hanya memerlukan ketelitian untuk dirungkai. Timbang-tara dalam aspek budaya dan realiti juga harus diambil-kira sewajarnya. Atas dasar itu, saya gembira melihat wacana yang membiak dan subur di sekitarnya.
Akhirnya, ia mengajar kita untuk matang. Kita tidak boleh selama-lamanya hidup dikelilingi sentimen dengan hujah yang longlai. Faham agama harus kuat dengan hujah dan nampaknya memang ia sedang diperkukuh dan dimaknakan sebaiknya.
Fajar baru buat Malaysia terlihat cerah, sungguh!

Babi
Babi adalah suatu kata dengan konotasi yang buruk. Bagi umat Melayu beragama Islam, ia sering difahami dengan erti jijik dan kotor. Disebabkan itu, seboleh mungkin, kata babi cuba dielakkan dalam pengucapan seharian.
Babi juga boleh dimaknakan sebagai suatu carutan. Dalam keadaan tertentu, ia akan dituturkan dengan nada marah bermaksud untuk menghina dan merendahkan sesuatu, baik peribadi mahupun subjek yang cuba dimaksudkan.
Meskipun diketahui dengan meluas, masih ada pihak dungu yang sengaja mahu namanya dikaitkan dengan babi. Walau siapapun mereka, tindakan menghumban kepala babi ke perkarangan masjid bukanlah hal yang boleh dibanggakan.
Apapun, sang pelaku kepada tindakan ini telah memberi sumbangan yang signifikan kepada perbendaharaan kata. Kini, kata babi juga boleh diistilahkan sebagai kesempitan fikiran, seperti yang terzahir dalam tindakan mereka.
Nah, ini bukti bahawa ilmu boleh kita temukan di mana saja. Daripada kebodohan manusia sampailah ke kejijikan binatang, tandanya ada di mana-mana. Akhirnya kita harus bertanya pada diri. Akal aku letakkan di kepala atau kaki?
Maaf kalau berkasar.

Peristiwa
Langgan:
Catatan (Atom)