Ahad, Mac 08, 2009

Mulanya Kalimat Zaman

Ia berpaling memulakan bicara;

"Tiada siapa perlu lakukan apa yang bukan kemahuan hatinya." Si keparat itu membentak sambil bertanya garang. "Siapa cakap tu? Siapa cakap tu?" Dadanya berombak saat ia melanjutkan kata, "tugas hamba, bawa gadis ini kepada ketua hamba, datuk tak payah lah masuk campur!", bentaknya pada Hang Tuah.

Mendahulukan hikmah, sang pendekar menambah;

"Selagi ianya di bumi Melaka, ia menjadi tugas hamba, lepaskan dia. Cinta dan restu tak boleh dipaksa." Gagal mencari helah, si keparat menjawab mudah seraya menampakkan kebodohan mengikut tanpa waras pertimbangan. " Ini perintah ketua hamba. Bagaimana kalau ini tugas Datuk Laksamana?"

Rupanya sejarah telah lebih dahulu menukilkan tragedi duka yang mengalami pengulangan pada zaman ini. Jelas sekali, segelintir kita bertindak seperti gembalaan yang hanya menurut kata tanpa periksa.

Sesungguhnya, sejarah seperti ini memadai buat kita mengambil pedoman daripadanya. Daripada runtuhan kota Melaka, tamadun baru akan terbina. Cuma, sampai bila mahu diletakkan sebagai mangsa?

Tiada ulasan: