Jumaat, September 03, 2010

Tawarikh

Sejarah mungkin saja dokumentasi orang-orang yang menang. Meski ia sebetulnya lebih luas daripada takrif sesempit itu, tidak ramai yang mahu ia digali. Bila ada yang terlihat asing, maka mula lah patriotisme dipersoal, jatidiri dinafi, dan langsung dilabel durhaka pada nusa.

Nah, sekeji itu sebuah aparat yang seharusnya beraksi murni. Hal sebegini pasti terus-terusan berlaku seandainya kita terus layu. Pembodohan seperti ini tidak layak dianuti manusia waras. Ia tidak hanya terselubung niat yang bebal, juga dipengaruhi oleh jiwa rakus untuk menguasai.

Dhamir siapa yang akan mengutus hormat buat rejim sekejam ini?

Buat saya, merdeka -- kata kosong tanpa jiwa. Maaf wahai nusa!

Tiada ulasan: