Setelah lebih tiga bulan dijamah sambil dikelek ke pelbagai lokasi, akhirnya saya hampir menyudahkan bacaaan memoir sosok ulung revolusi Cuba, Che Guevara. Memoir yang memuatkan riwayatnya sejak kecil sehingga ia terbunuh tatkala mengepalai gerak gerila di belantara Bolivia ini cukup mengujakan.
Meramahinya, saya merenung banyak perkara sebermula jernihnya sudut pandang sang revolusioner ini semenjak muda terhadap kemanusiaan, sehinggalah tindak politik seputar hal-hal bernegara dalam kepelbagaian ideologi dan kepercayaan. Itu belum lagi dikira daripada kemurnian dan kejujuran sikapnya.
Hal-hal ini melontar saya kepada sejumlah pertanyaan yang mahu saya longgokkan buat teman-teman seusia yang masih larut dalam fana dunia. Juga buat teman-teman yang kononnya sentiasa benar, tapi cetek sekali pembacaannya tentang apa yang dikata. Apatah lagi pengalaman yang diimani dan dipunya.
Tapi biar lah dulu. Mereka takkan mungkin mengerti.
Jumaat, Oktober 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan