Jumaat, Julai 22, 2011

Bacul

Dalam demam, batuk, dan selsema yang belum kebah, sebetulnya saya mahu lebih sivil. Sivil, atau mudahnya, rasional, rupanya belum mungkin wujud di Malaysia. Kelesuan yang menghijab saya beraktiviti sejak kelmarin, hari ini musnah.

Enam orang ditahan di bawah Ordinan Darurat, dan terbaru, William Bourdon si peguam Perancis yang mendedahkan skandal Scorpene ditahan di KLIA, mengocak rasa amarah pada regim rakus ini. Mereka bermain politik usang dan memualkan.

Tatkala suara tak dibenar didendang, sedar lah, Najib Razak bacul!

Tiada ulasan: