Di samping mengulang baca Risalah Untuk Kaum Muslimin-nya al-Attas, saya turut menekuni sejumlah buku lain sejak beberapa minggu kebelakangan. Awalnya seperti rakus, menyelak itu dan ini dalam sela masa yang ada.
Kini, saya hilang fokus. Langsung buku yang dibaca ditinggal menyemakkan meja. Maka, habuk pantas menyerang. Terbersin-bersin sejak semalam. Malah sedari pagi tadi juga dihinggap selsema. Serasa mahu demam.
Malam, bolehkah kau lekas datang menyelimutkan?
Rabu, Julai 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan