Ruang ini telah begitu banyak merakam kebencian. Ia tak hanya terbatas kepada pemerintah sialan, politikus bobrok, dan keparat angkuh, tapi kadangkala turut menyentuh sosok hipokrit yang singgah dan bersimpang-siur dalam hidup.
Pabila sifatnya mulai berubah, daripada hanya medan bebelan dan monolog menjadi diari awam yang terbuka, sering juga saya ditegur lingkungan. Bahasanya kendur tatkala saya aktif dalam gerakan dakwah. Tapi kemudiannya, tak lagi bertapis.
Hari ini, semacam mahu kembali memutuskan ikatan daripada adab dan hemah yang masih dipaksa. Jelek benar melihat saudara seagama (atas nama agama yang mulia) menyerang agama lain atas pelbagai sebab. Defensifnya semacam menggila.
Saya mulakan dengan ungkapan yang masih terlihat waras -- hoi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan