Jumaat, Oktober 21, 2011

Gaddafi

Kesan domino kebangkitan Arab akhirnya tiba di Libya.  Setelah 42 tahun berkuasa, Muammar Gaddafi tumbang dilanyak rakyatnya sendiri. Istana mewahnya ranap dibom ketumbukan NATO dan tentera bersekutu. Dan ia, akhirnya turut terbunuh.

Laporan menyebut kematian itu berakibat daripada tembak-menembak antara simpatisannya dengan kumpulan pemberontak. Tetapi, bukti video menidakkan hal itu, dan menimbulkan keraguan bahawa ia mungkin sengaja ditembak tepat di kepala.

Dalam longkang kecil di mana ia ditahan, Gaddafi merayu agar tak ditembak. Memang, betapa ironi (tak ubah seperti Saddam Hussein) mohon dikasihani. Namun, ada seuntai kata wajar untuk direnung; orang yang menyemai angin, pasti akan menuai badai! 

Tiada ulasan: