Rabu, Ogos 10, 2011

Qur'an

Dalam tahun-tahun terdahulu, ibu sering memberitahu saya perkembangan bacaan Qur'annya sepanjang puasa bersama teman-temannya yang lain di kawasan perumahan kami. Halaqah yang disertai ibu, selalu saja bersaing dengan halaqah lelaki yang biasanya diisi oleh jamaah masjid.

Saban tahun, saya pasti mendengar kisah jumlah bacaan Qur'an halaqah wanita mendahului halaqah lelaki. Malah, kadangkala sehampir lebaran pun, mereka masih belum mampu menghabisi bacaan. Tidak pula saya tanyakan mengapa. Agak saya, tuntutan kerjaya mengehadkan masa.

Aimi, teman lama sekampus juga benar-benar mencabar. Mulanya saya sengaja berkomentar di statusnya mengajak bersaing menghabisi Qur'an. Meski menjangka saya ketinggalan, seruan itu bersahut. Betapa benar, ia telah menekuni lebih separuh dengan beberapa juz mendahului saya.

Kini saya tak punya masa untuk menoleh. Terus!

1 ulasan:

AimiSabri berkata...

Alamak nama aimi ada dalam blog hanif pulak..terkejut aimi..malu aimi:">

Mana ada ketinggalan hanif..
beza sedikit sahaja...InsyaAllah Aimi percaya hanif aka nberjaya khatam Quran pada ramdhan kali ini..

InsyaAllah...

Selamat berpuasa dan beribadat :)