11 September; khabar tragis itu diterima dalam hingar teman-teman yang cemas. Meski waktu itu seolahnya belum sahih, kami, yang ketika itu berada di Kompleks Tenis Jln. Duta sempena Sukan Sea ke-21 lekas-lekas menyebarkan beritanya.
Memang, sedekad yang lalu itu akan terus diingati. Tragedi rempuhan pesawat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York bukan lah hal remeh yang boleh dikesampingkan. Pascanya, dunia melihat betapa bobrok politisi beradu hujah.
Ia juga mengundang kecelaruan pemikiran dan persepsi umat terhadap Islam. Mereka mula hidup dalam latah dan salah faham (yang adakalanya juga disengajakan). Beberapa negara diranggah atas nama demokrasi dan pembebasan.
Hari ini, dan mungkin juga puluhan tahun mendatang, tanggal ini pasti akan terus diingati. Betapa kita harus lekas sedar, akhirnya dunia ini dan seluruh isinya memerlukan saling pemahaman dan rasa simpati. Bukan lagi tipu daya dan helah.
Ingatan buat yang terkorban, di seluruh penjuru dunia, kerananya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan