Rabu, Januari 07, 2009

Boikot!

Ada kesedaran yang mula terpancar di dada umat. Mungkin ini saat terbaik untuk kita menggali semula khazanah Al-Fath!
---------------------------------------------------------------------------------------
Respon teman-teman lewat catatan saya yang lalu disambut baik. Walaupun masih ada beberapa perbezaan pandangan dalam usaha kita untuk menanganinya, tindakan boikot harus terus dijana demi saudara seagama yang sedang sengsara.

Pokoknya jelas dapat kita fahami. Namun begitu, usaha yang sebegini besar memerlukan kita lebih teliti dalam persoalan-persoalan inti. Ia tidak hanya meliputi dampak yang bakal dirasai Israel, tetapi juga harus mengambil kira kesannya di sini nanti.

Apa yang lebih penting, usaha boikot tidak harus hanya menjadi suatu gagasan kata. Tetapi ia harus dimaknakan sebagai suatu tindakan berani keseluruhan kita dalam usaha untuk membenamkan syaitan-syaitan besar dunia yang sedang menggila!

5 ulasan:

Sy@M!M! ^ AzM!r@ berkata...

Salam 10 Muharram,

Maaf kerana tidak memberi sebarang komentar pada posting yang lepas. Bukan apa, ramai sangat. Takut anda tidak larat untuk baca (^^). Jadi saya ambil inisiatif untuk memberi sedikit komen yang tidak seberapa di sini. Sebelum itu, maaf jika terlalu memakan ruang.

Boikot tidak boikot? Itu suatu persoalan yang bersifat subjektif dan lebih kepada individu khususnya. Saya berkata begitu kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri untuk memboikot barangan keluaran Israel atau terus menggunakannya. Jika dikatakan boikot itu suatu tanggungjawab kerajaan, memang menjadi kewajipan mereka. Tetapi apabila kita lihat reaksi kerajaan kita sendiri pada hari ini, agak mustahil dari segi perlaksaanaannya. Jika hanya menaburkan kata-kata belilah barangan buatan tempatan, saya tidak nampak kesannya. Sekat barangan keluaran Israel. Itu yang lebih relevan. Tapi itu kata kita. Mampukah suara-suara yang halus ini didengari oleh ngauman harimau? Anda punya jawapan bukan.

Saya berbalik kepada tanggungjawab individu itu sendiri. Ianya terpulang kepada kehendak masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Kita boleh berdakwah, menyeru kepada yang makruf. Tetapi ingat, kita tidak punya hak untuk memaksa seseorang itu untuk memboikot barangan keluaran Israel. Silap-silap ditempelak pula dengan ayat 'La iqra ha fiddin'.

Masing-masing punya akal dan jiwa yang bersih. Kita sendiri yang kadang-kadang mengubahnya kerana terlalu berpegang pada pendirian yang pesimis atau sekular. Jika mahu boikot, thumbs up untuk anda! Tapi ingat, segalanya perlu perancangan. Jangan hanya sibuk berdiskusi, meluahkan pendapat dengan segala macam falsafah tetapi perlaksaannya zero. Itu yang kita tidak mahu. Buatlah seperti apa yang dikata supaya tidak termakan dek kata-kata.

Bagi yang tidak mahu memboikot, terpulang kepada anda. Anda punya hak untuk memilih. Freedom of choice! Tiada siapa melarang. Tetapi sambil mengunyah-ngunyah Double Prosperity Burger tu, fikir-fikirlah sedikit akan kesengsaraan saudara kita di Gaza sana. Hulurkan bantuan anda dari segi wang, tenaga atau doa. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban yang ditanggung mereka.

Untuk diri saya, sama ada mahu boikot atau tidak, buat masa sekarang saya cuba kurangkan membeli barangan keluaran Israel. Untuk memboikot secara terus, tidak buat masa kini. Bukan apa, takut jadi 'hangat-hangat tahi ayam'.

Tapi, sama-samalah kita berdoa untuk mereka (rakyat Palestin) dan kita (usaha memboikot) kuat dalam menghadapinya.

~ Doakan supaya Hamas, Hezbullah dan umat Islam terus kuat menentang Zionis laknatullah.
~ Doakan kesejahteraan Masjidil Aqsa.
~ Doakan supaya umat Islam terus bersatu. .:Under one umbrella:.
~ Doakan kemenangan Islam.
~ Doakan usaha memboikot ini dapat dilaksanakan.
~ Amalkan Qunut Nazilah.

Amin ya rabbal alamin. Peringatan buat diri saya yang sentiasa lupa dan untuk anda semua.

Yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

Bittaufiq wannajah fil imtihan (",)

Hanif Amir berkata...

Boikot persoalan individu dan ia subjektif?

Oh ya! Baik juga jika ada penerangan lanjut mengenai hujah ini.

Setahu saya, umat Islam itu bersaudara. Jika persoalan boikot hanya dilihat dari sudut individu, bolehkan jika saya simpulkan bahawa umat Islam sebenarnya sudah tewas awal walaupun masih belum ke medan perang?

Amira Abdul Halim Draven berkata...

hanif kenal mana2 bomoh unggul kat nusantara ni x? mau je aku vodoo kan si jahanam2 anjing israel tu.. bagi mampos sekor2.. apsal org so-called islam yg percaya akn benda2 khurafat ni, tanak plak tolong membe kt palestine tu? sebok plak mereka bomohkan adik sendiri lah abang sedaralah sebab dengki dengan bisnes yang semakin maju..

weyhh!! ade keris terbang lebih x? meh aku nak hntr gi sana..

Sy@M!M! ^ AzM!r@ berkata...

Saya tidak nafikan yang umat Islam itu adalah bersaudara. Dan saya tegaskan di sini Islam tidak pernah tewas. InsyaAllah. Apa yang saya 'highlightkan' sebentar tadi bukan soal untuk mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesengsaraan penduduk Gaza. Saya cuba untuk menerangkan dari sudut pandangan saya yang boikot itu adalah tanggungjawab setiap dari kita (kesanggupan individu itu sendiri). Secara amnya, memang ia adalah tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyekat kemasukan barangan keluaran Israel dan tidak mengeksport barang keluaran kita kepada mereka. Tetapi kita perlu berpijak di atas bumi yang nyata. Agak mustahil pihak kerajaan untuk berbuat sebegitu kerana mereka sentiasa memikirkan dari sudut keuntungan ekonomi.

Jadi, kita sebagai manusia perlu melaksanakan apa yang perlu jika kita punya nilai kemanusiaan. Jika boikot itu suatu cara yang realistik, beri 'effect' kepada Israel, teruskan. Dan jika kita rasa kita tidak mampu lakukan pemboikotan, usaha cara lain. Caranya tetap berbeza, tetapi matlamat tetap sama. Teruskan usaha kita untuk menyeru kepada yang lain dalam usaha memboikot ini. Jadi tidak jadi, itulah yang saya katakan terpulang kepada setiap individu itu. Kita telah berusaha, jadi impaknya kita lihat. Tetapi sampai bila mahu lihat? Setelah ramai menjadi Syahid?

Fikirkan alternatif lain yang nampak kesannya. Usaha boikot tetap diteruskan. Kalau berani tubuhkan suatu badan untuk menghantar memorandum kepada kerajan supaya tutup semua restoran makanan segera dalam tempoh 24 jam. Lihat kesannya.

Saya ada menonton rancangan Malaysia Hari Ini tempoh hari. Saya lupa nama tetamu jemputannya. Mereka berdiskusi sedikit mengenai isu boikot ini. Kalau tidak silap saya tetamu jemputan itu pernah menjadi Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau pernah menjalankan usaha memboikot barangan Israel ini dalam tempoh yang agak lama (memakan masa bertahun). Tetapi konklusinya agak menyedihkan. Tidak memberi sebarang 'effect' langsung. Jadi di sini sudah ada sedikit bukti yang isu boikot ini bukan perkara yang mudah. Tetapi bukan bermakna saya membantah. Apa yang baik, saya tetap sokong.

Wallahualam.

Salam Perdebatan.

Tanpa Nama berkata...

alot of discussion. how about the action?

lets hv a meditation on 'humanity'..
where are we?
what do we do?
debating? discussing?
do we take any relevant action?
( for those who take the action thanks alot.may allah bless u.those who still not,i do beg you..please think about humanity..)

the conversation will keep go on..
n zionis will keep killing our brothers..

ya allah, please guide us, please help us..