Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan
Ahad, Mac 17, 2013
Misuari
Nur Misuari, Pengerusi MNLF bicara tentang insiden di Lahad Datu.
Labels:
Antarabangsa,
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa
Khamis, Mac 14, 2013
Francis I
Jorge Mario Bergoglio, Archbishop Buenos Aires asal Argentina akhirnya dipilih sebagai Pope yang ke-266 menaungi Vatican, mengetuai Gereja Roman Katolik dengan gelar Pope Francis I.
Manakala fumata bianca berkepul lewat corong Sistine Chapel, buat julung kalinya, para kardinal memutuskan tanggungjawab itu buat seseorang from the end of the world -- dari penghujung dunia.
Ini adalah kali pertama jawatan itu diamanahkan kepada sosok dari Amerika Latin, meski pada tahun 2005, ia diberitakan sebagai favourite dalam saingan dengan Pope Emeritus, Benedict XVI.
Bergoglio dikenal orang sebagai petinggi gereja yang merendah diri, mengasihi kalangan terpinggir dan tak bermewah. Ia menolak segala keistimewaan serta memilih untuk tetap hidup bersederhana.
Muga akan terus thabat dan baik-baik saja; selamat bertugas, Pope.
Labels:
Antarabangsa,
Peristiwa,
Tokoh
Rabu, Februari 27, 2013
Pope
Tinggal beberapa jam saja lagi, Pope Benedict XVI akan mencipta sejarah apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua Gereja Katolik dan memulakan hidup baru dengan gelar Pope Emeritus.
Momen seperti ini bukan hal yang lazim. Kali terakhir ia berlaku pada tahun 1415 manakala Pope Gregory VII, turut melepaskan jawatan untuk mengakhiri intrik dalaman yang menjerut gereja.
Dalam periode sede vacante ini, 115 kardinal dari seluruh dunia akan berkumpul di Vatican untuk memilih sosok baru yang akan diangkat sebagai Pope, mengetuai lebih sebilion penganut Katolik.
Selamat bersidang semuanya dan selamat bersara Joseph Ratzinger.
Labels:
Antarabangsa,
Peristiwa
Sabtu, Februari 16, 2013
Suara
Gideon Levy tak hanya dicemuh bahkan diancam bunuh di negaranya sendiri. Di Israel, pandangannya yang tertuang dalam kolum akhbar Haaretz, dianggap sebagai pengkhianatan.
Ia memang tak pandai berpura apalagi cuba menafikan hakikat negaranya melakukan tindak kekerasan, menggasir rakyat Palestina dengan peluru tanpa apa-apa rasa berdosa.
"People live a good life in a bubble," gumamnya, "they don't want to acknowledge reality." Tapi ia tahu sejarah akan tersingkap dan jadi saksi kepada suara terpinggir serta ternafi.
Labels:
Antarabangsa,
Pemikiran,
Tokoh
Jumaat, Februari 15, 2013
Rabu, Februari 06, 2013
Lincoln
Ia berdepan dengan sikap prejudis yang mengental dan belum mampu dilebur. Meski puluhan ribu jiwa telah gugur, konflik perkauman itu tetap saja menimbulkan bentrokan fatal.
Di Amerika waktu itu, juga yang ngaumnya barangkali kita rasakan di Malaysia kini, ada kalangan yang meyakini mereka lebih mulia, lebih terpilih, lebih bererti, justeru menguasai.
Berada di pundak kekuasan, batas moral tiba-tiba mulai kabur. Malah tak lagi ganjil apabila ia menumbuhkan keyakinan absolute yang tak tergoncang. Dunia, dirubah menjadi surga.
Tapi politik akan selamanya kekal sebagai wahana diplomasi, medan di mana tanggungjawab mengatasi keghairahan menawan musuh dan mengakui kesetaraan dalam wujud manusia.
Lincoln akhirnya tetap ditembak, tapi kita tahu, ia belum lagi mati.
Labels:
Aktiviti,
Antarabangsa,
Arus Politik,
Filem,
Tokoh
Isnin, Januari 28, 2013
Normalisasi
Slavoj Zizek lewat sebuah esei pendek dalam The Guardian sehari dua lalu memberi masukan yang baik tentang Zero Dark Thirty, filem tentang pemburuan sang teroris, Osama Laden.
Filem itu, yang belum ditonton kerana toko DVD cetak rompak yang selalu saya kunjungi sering saja tutup, boleh jadi telah bankrap, tergambar cuba untuk menormalkan penderaan.
Menurut
saya, hal ini bukan sesuatu yang aneh. Ia adalah halwa mata dalam
segugus filem lain sebelumnya. Antaranya, sekian banyak babak tak
terlupakan semisal dalam Unthinkable.
Ia
cuba dijustifikasi dengan pelbagai istilah yang kononnya mendesak --
keselamatan negara, ancaman kepada keamanan dll. Lantas, tanpa soal,
kita pun memberi consent dan tunduk patuh.
Labels:
Aktiviti,
Antarabangsa,
Filem,
Pemikiran
Isnin, Januari 21, 2013
Cerut
Cuba, selain dikenal orang sebagai sebuah negara yang dibangunkan lewat revolusi, juga adalah pengeluar cerut terbaik dan paling berkualiti di dunia. Yang mengejutkan, rahsianya -- puisi.
Begitu lah sastera dimanipulasi. Di salah sebuah gedung pembuatannya, sejumlah puisi dan prosa indah akan dibaca tiap masa. Ia jadi perangsang keenakan bau serta rasa cerut.
Kita teringat sosok Che Guevara; kita terhimbau puisi Pablo Neruda.
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Seni
Khamis, Januari 10, 2013
Bela
-Goenawan Mohamad, Catatan PinggirTapi mereka siap mati dengan harapan bisa ke surga bagi diri sendiri, dan bukan dengan harapan untuk memenangkan orang-orang yang mereka bela di dunia.
Labels:
Agama,
Antarabangsa,
Arus Politik,
Demokrasi,
Pemikiran
Selasa, Januari 08, 2013
Gadis II
Jyoti Singh Pandey -- kini dunia tahu apa namanya. Ia, gadis yang beberapa minggu lalu dijadikan catalyst pencetus protes besar di India, mungkin kini tersenyum di surga.
Kita
tak mungkin mengerti saat ia, dengan derai airmata, memberi kesaksian
kepada polis di katil hospital. Kata bapanya, pengkisahan itu cukup
menghiris dan meremukkan.
Pergi lah dengan damai, kami akan menghidupkan mimpi-mu, Jyoti.
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Peristiwa,
Sosial
Selasa, Januari 01, 2013
Gadis
Kita mengenang gadis itu dengan
jiwa yang luluh. Ia dirogol dengan buas. Agaknya, ketika dikasari, ia
meronta. Tubuhnya melemah tak berdaya sebelum dilempar ke jalanan.
Kita
takkan tahu deritanya. Diberitakan, organnya rosak teruk entah ditusuk
dengan apa. Kalau pun ia melolong, tentu tak dipeduli kalangan sialan
yang menghenyaknya.
"She was most happy," bapanya bilang, "when she got a chance to heal somebody's wounds." Tapi bila gadis itu yang dilukai, kita tak punya peluang untuk membalas budinya.
Manakala kemanusiaan makin nazak, kadang kami juga tak berdaya.
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Peristiwa,
Sosial
Isnin, Disember 31, 2012
Simbol
Di Tunisia, ia membakar tubuh.
Penindasan, begitu ceritanya, telah memaksa Mohamed Bouazizi berbuat
sesuatu yang tak terfikirkan. Tak lama kemudian, ia meninggal dunia.
Di
Pakistan, teror mencengkam. Malala Yousafzai baru pulang dari sekolah.
Dalam kenderaan, ia ditembak. Sebahagian tempurung kepalanya hancur.
Mujur, ia terselamat.
Dua sosok dan dua momen; bedanya, kepasrahan dan penentangan.
Labels:
Antarabangsa,
Pemikiran,
Peristiwa,
Tokoh
Ahad, Disember 16, 2012
Sindrom
Sandy Hook adalah kawasan tak terpandang. Tapi, setelah puluhan jiwa tewas dalam tragedi buas sehari dua lalu, kita pun mulai terdengar suara-suara aneh yang sinis.
Amerika Syarikat diperkecil dan dibanding-banding dengan dunia lain yang lara. Seolah, nyawa yang diragut di kawasan tenang Connecticut itu balasan Tuhan atas kekejamannya.
Barangkali ini lah stockholm syndrome. Dek terlalu lama hidup dalam dunia bengis penuh sengketa, kita jadi redha dengan kezaliman lalu lupa ada hal yang tak bergalang-ganti.
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Peristiwa
Rabu, Disember 12, 2012
Pontifex
Ini mungkin lah tak penting. Tapi rasanya perlu juga diberitahu manakala jagat-raya terisi dengan sekian ramai petinggi agama yang gagal menyerap semangat zaman.
Di Vatican, Pope Benedict XVI kini telah mulai menge-twit. Muga kita mengambil manfaat sebaiknya memenuhi pesan li taa'rafu serta memahami agama lain yang beda.
Ketua Gereja Katolik itu (agaknya) boleh diajak ngobrol di Pontifex.
Labels:
Agama,
Aktiviti,
Antarabangsa,
Tokoh
Selasa, Disember 11, 2012
Rohingya II
Tentang nilai manusiawi yang diinjak dan dinafi; tentang Rohingya.
Labels:
Antarabangsa,
Demokrasi,
Peristiwa
Isnin, Disember 10, 2012
Trilogi
CERITA SATU
Entah di mana setepatnya, ada kerumunan yang sedang ngobrol, boleh jadi tentang propa dunia hiburan atau seputar gosip politik. Tanpa mereka sedari, di balik awan, helikopter tempur memerhati. Beberapa waktu kemudian, kesemua mereka gugur ditabrak peluru.
CERITA DUA
Risikan soldadu mengandaikan ada sebuah bangunan usang dijadikan sarang pemberontak. Operasi penghapusan pun direncana. Tatkala bangunan itu hampir diletupkan, ada gelandangan melintasinya. Tapi, ia mungkin bersenjata. Persetankan, dan kedua-duanya ranap.
CERITA TIGA
Hari terlihat damai untuk seorang ayah. Langsung, tiga orang anaknya dibawa bersiar-siar menaiki kereta. Dalam perjalanan, mereka diserang. Dek cemas, sang ayah menyuruh anak-anaknya berlindung, meniarap. Sayang, mereka lebih dulu dibedil lalu tewas.
KOMENTAR
Dua daripada tiga cerita ini dirakam secara visual. Kita terhenyak menontonnya. Dalam momen perang dan penjajahan, nyawa barangkali senilai dengan sampah yang tak terpandang. "Everything is fair," itu muluk sekali. Tapi takkan mungkin meski "in love and war."
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Pemikiran,
Peristiwa
Ahad, Disember 09, 2012
Mimpi II
Ada sebuah anekdot menggugah dari negeri jauh; tentang kematian. Di medan tempurnya, soldadu bersiap untuk mati, demi hidup baru yang menurut mereka, surgawi.
Perang pun pecah, dan memang benar, ketumbukan musuh gentar. "Kami bertempur," begitu mereka berteriak dalam ketakutan, "untuk terus hidup, bukan untuk mati."
Itu memang paradoks yang tak terelak. Oleh seorang commentator, ia menulis bahawa itu tanda bahawa hidup ini tak bahagia kerana kita harus mati untuk jadi bererti.
Teror, atau al-amaliyah istisyihadiyah itu adalah hal kompleks yang tak terjelaskan. Tapi mungkinkah kita tahu bila waktunya bahawa hidup bukan lagi sebuah harapan?
Labels:
Antarabangsa,
Arus Politik,
Demokrasi,
Omongan Jiwa
Khamis, Disember 06, 2012
Habibie
B.J. Habibie barangkali turut akan dikenang dengan cela dan nista. Dalam periode kepresidenannya yang cukup singkat, tentunya banyak hal yang tak terselesaikan. Tapi, adakah kerana unfinished business itu, sosoknya sah untuk dicalarkan?
Pabila ditanya bagaimana mungkin ia melakukan perubahan asasi yang sangat fundamental pasca Soeharto, jawabnya pendek -- conscience. Ia mundur dengan senyum hangat dan kepala yang tak tertunduk. Orang bicara, ia tewas.
Kita tentunya akan mati, dan disemadi
dengan hal-hal yang tak selesai. Begitu pun, agaknya dhamir akan damai manakala tahu yang "tewas" dan "tak selesai" itu tak lah semestinya tanda
kekalahan, tapi juga adalah jejak kemenangan.
Labels:
Antarabangsa,
Demokrasi,
Pemikiran,
Peristiwa,
Tokoh
Isnin, Disember 03, 2012
Mimpi I
Manakala menekuni nestapa Palestina, kita jadi sedar bahawa ia bukan pertentangan sisi hitam dan putih. Ertinya, ia tak semata konflik Islam menentang Zionis.
Dan kita juga tak dihidang dengan jawapan tuntas bagaimana hal ini nantinya akan berakhir. Apa yang jelas, terlalu banyak faktor yang perlu dirungkai dan diperkirakan.
Buat kesekian kalinya, saya kembali mengutip pesanan Edward Said;
As Palestinian, I think we can say that we have left a vision and a society that has survived every attempt to kill it. And that is something. It is for the generation of my children and yours to go on from there, critically, rationally, with hope and forbearance.
Palestina yang merdeka agaknya adalah mimpi yang belum tergapai. Seperti lagu-nya John Lennon, "you may say I'm a dreamer," tapi kita tahu, "but I'm not the only one."
Labels:
Antarabangsa,
Arus Politik,
Demokrasi,
Omongan Jiwa
Rentas
Saya selalu bingung, juga
tertanya-tanya, sama ada perhatian kita terhadap isu-isu kezaliman dan
penindasan bersifat memihak atau punya pengertian yang luas.
Adakah dhamir kita memilih untuk
berpaut kepada sentimen agama, politik, dsb; atau ia merentas kesemua
itu demi nilai keadilan adalah persoalan yang tak terjawab.
Edward Said akhirnya mengembalikan perspektif, dan ia menyindir hal itu sebagai versatile conscience, suatu sikap tercela kerana gagal berjujur serta berpendirian.
Itu pintanya -- Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah!
Labels:
Antarabangsa,
Demokrasi,
Omongan Jiwa,
Pemikiran
Langgan:
Catatan (Atom)