Slavoj Zizek lewat sebuah esei pendek dalam The Guardian sehari dua lalu memberi masukan yang baik tentang Zero Dark Thirty, filem tentang pemburuan sang teroris, Osama Laden.
Filem itu, yang belum ditonton kerana toko DVD cetak rompak yang selalu saya kunjungi sering saja tutup, boleh jadi telah bankrap, tergambar cuba untuk menormalkan penderaan.
Menurut
saya, hal ini bukan sesuatu yang aneh. Ia adalah halwa mata dalam
segugus filem lain sebelumnya. Antaranya, sekian banyak babak tak
terlupakan semisal dalam Unthinkable.
Ia
cuba dijustifikasi dengan pelbagai istilah yang kononnya mendesak --
keselamatan negara, ancaman kepada keamanan dll. Lantas, tanpa soal,
kita pun memberi consent dan tunduk patuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan