Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan
Jumaat, April 05, 2013
Isnin, Mac 11, 2013
Praxis
Saya selalu percaya bahawa faham kebebasan dan keadilan bukan sekadar sebuah theoritical construct yang kaku. Ertinya, ia wajar diupayakan melampaui randau para sarjana.
Manakala mereka memenuhkan gedung-gedung indah dan selesa demi perbahasan itu, marhaen yang terdera serta terhimpit tanpanya kekal tak terpandang, apalagi untuk dibela.
Betapa pun dimusuhi, perjuangan itu tetap wujud. Bagi kalangan tertindas, hidup tak lah sesempurna Skyfall-nya Adele; "when we crumbles / we will stand tall / face it all."
Labels:
Agama,
Arus Politik,
Demokrasi,
Pemikiran,
Seni
Sabtu, Februari 23, 2013
Oscars
Nate Silver, ahli statistik yang telah dengan tepat meramalkan kemenangan Barack Obama dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, sekali selagi diberi perhatian.
Kali ini, pertaruhannya adalah seputar keputusan dalam acara cukup bergengsi dunia perfileman, Academy Awards yang akan berlangsung Ahad ini di Dolby Theatre, Los Angeles.
Menurutnya, ia adalah malam gemilang untuk Argo, filem arahan Ben Affleck tentang pergolakan politik dan diplomasi pasca Revolusi Islam Iran yang terjadi sekitar tahun 1979.
Filem ini belum lagi ditonton; maka, dukungan saya untuk Lincoln.
Ahad, Februari 17, 2013
Cita
Menonton filem-nya Woody Allen, Midnight in Paris adalah pengalaman yang sublime. Filem yang terbit setahun dua lalu itu baru sempat saya nikmati pada ambang hari kekasih.
Barangkali masih dalam kepompong Annie Hall, bedanya filem ini melakarkan konflik diri yang terkepung dalam melankoli dua zaman yang telah berubah dengan latar indah kota Paris.
Gil Pender sang protagonisnya, adalah penulis dengan watak nostalgia, sebuah pertembungan tak terelakkan dengan si tunangan yang tak mengerti betapa bernilainya masa lalu.
Dalam daya bayang yang cukup magis, ia kembali ke dekad gemilang seni dan sastera serta menemukan nama-nama besar idolanya -- Zelda, Toklas, Picasso, Fitzgerald, Hemingway.
Filem ini elok ditonton sendiri. Ia mewajahkan hidup yang sering mendesak kita menjadi orang lain, bukan lagi sosok asli yang terbangun daripada cita-cita dan mimpi sendiri.
Isnin, Januari 21, 2013
Cerut
Cuba, selain dikenal orang sebagai sebuah negara yang dibangunkan lewat revolusi, juga adalah pengeluar cerut terbaik dan paling berkualiti di dunia. Yang mengejutkan, rahsianya -- puisi.
Begitu lah sastera dimanipulasi. Di salah sebuah gedung pembuatannya, sejumlah puisi dan prosa indah akan dibaca tiap masa. Ia jadi perangsang keenakan bau serta rasa cerut.
Kita teringat sosok Che Guevara; kita terhimbau puisi Pablo Neruda.
Labels:
Antarabangsa,
Omongan Jiwa,
Seni
Selasa, Januari 15, 2013
Wahana
Dalam basa-basi sebelum mendeklamasikan Di Atas Padang Sejarah di #KL112 lalu, Pak Samad berterima kasih kepada rakyat kerana memberi maruah kepada "orang baca puisi."
Di
tangannya, puisi adalah senjata. Ia jadi wahana yang mencitrakan detak
jantung serta denyut nadi umat melawan regim zalim dan korup. Sastera
diranumi bahasa perlawanan.
Kekadang,
kita pun jatuh hairan bagaimana ia, pak tua dengan usia lebih separuh
abad, lebih bermotivasi untuk menggemakan hak dan kebenaran melalui
ekspresi kesusasteraan.
Labels:
Aktiviti,
Omongan Jiwa,
Seni,
Tokoh
Khamis, November 29, 2012
Kelamin
Ada sebuah teater yang belum saya
tonton, tapi membaca ulasannya pun sudah cukup mengujakan, dan tentu
saja hampir membuat kita mual; tentang China ribuan tahun lampau.
Teater karya Kuo Pao Kun dengan judul Descendants of the Eunuch Admiral itu menyajikan kisah yang tak terbayang. Lewat semalam, di Twitter, kisah ini terasa segar dan dekat.
Babadnya, ada ratusan kamar di istana.
Salah satunya dikhaskan untuk menyimpan alat kelamin para abdi yang
dikerah sebagai pesuruh kepada maharaja dan maharani.
Rakyat tak punya pilihan. Berada di
luar istana bererti mereka akan berdepan kebuluran. Mahu tak mahu,
mereka terpaksa memotong alat kelamin sebelum layak menjadi abdi.
Alat kelamin yang telah dipotong akan
diletakkan dalam sebuah kotak kayu sebelum dipersembahkan kepada
maharaja. Itu, adalah tanda kesediaan untuk patuh kepada perintah.
Hal ini penting kerana para abdi
terlibat dalam hal yang cukup sulit. Misalnya, mempersiap tempat
bersiram dan persetubuhan maharaja. Syahdan, mereka dilarang bersyahwat.
Jika terpilih, alat kelamin itu akan
digantung dalam sebuah kamar istana. Tinggi gantungannya dinisbahkan
kepada hierarki abdi. Agaknya, terkait juga dengan senioriti.
Tugas mereka penting. Ada kalangan
abdi yang ditugaskan untuk hal pentadbiran seperti menyiapkan dokumen
dan rencana dagang ke negeri jauh. Antara sosoknya, Cheng Ho.
Nah, tentunya teater ini bukan seputar
alat kelamin. Tapi saya mencuplik fragmen itu supaya kita mengulang
fikir tentang kuasa serta batasnya yang kadang tak terlihat.
Khamis, November 08, 2012
Murtad II
Sang pencinta, hanya dia merasa semangat sebuah pengorbanan;
sang pencinta, hanya dia mengerti persoalan percintaan ini.
Agaknya, agama memang tak berbeda jauh dengan belas-kasih. Ia tak mungkin hadir dengan paksaan. Apalagi dijadikan sebuah hukum yang absah dan wajib dipatuhi.
Bertolak dari situ lah wujud seruan dakwah dengan hujah dan hikmah. Tujuannya untuk menyentak dhamir serta kepercayaan yang berakhir dengan nilai keimanan.
Ketundukan terhadap Tuhan itu melampaui kata; tepat lirik M. Nasir.
Labels:
Agama,
Arus Politik,
Pemikiran,
Seni
Khamis, November 01, 2012
Labun
Midnight's Children, novel-nya Salman Rushdie yang dianggap sebagai Booker of Bookers itu tak pernah pun selesai saya baca. Tiap kali dibelek, saya jadi lesu dan kantuk.
Filem adaptasinya yang disutradarai oleh Deepa Mehta terbit baru-baru ini. Ia tentu akan sangat membantu saya bergelumang dalam imaginasi plotnya yang magis.
Harus sediakan ruang menontonnya sambil menikmati Joseph Anton.
Labels:
Aktiviti,
Filem,
Omongan Jiwa,
Seni,
Telaah Buku
Sabtu, Ogos 11, 2012
Lenggok
Ulil Abshar Abdalla, aktivis Jaringan Islam Liberal di Indonesia merakam bacaan Qur'annya yang boleh diakses dan didengar dalam laman Sound Cloud.
Itu tentu lah biasa, malah kita mendengarnya saban waktu. Tapi menurut saya, murattal Surah Maryam dalam lenggok Jawa adalah yang paling memikat.
Selamat mendengar dan melarut fana' mentadabbur ayat-ayat Tuhan.
Labels:
Agama,
Aktiviti,
Omongan Jiwa,
Seni
Rohingya
Di belahan dunia mana pun, ada umat yang berantakan. Myanmar tak terkecuali. Beberapa bulan kebelakangan, kelompok Rohingya dibantai semahunya oleh kelompok etnik Rakhine di daerah Arakan.
Belum
lagi terdengar penyelesaian tuntas oleh warga dunia. Kalau pun ada,
hanya lah kecaman masyarakat sivil yang masih waras.Bertabah lah, kalian
akan sentiasa ada dalam du'a dan nyanyi kami yang bisu;
How many ears must one man have,
before he can hear people cry?
How many deaths will it take till he knows,
that too many people have died?
The answer my friend is blowing in the wind,
the answer is blowing in the wind.
Labels:
Antarabangsa,
Demokrasi,
Peristiwa,
Seni
Jumaat, Ogos 10, 2012
Iltizam
Hillary Swank memeran watak yang tak terbayangkan lewat Conviction.
Filem yang terbit pada tahun 2010 itu, baru sempat saya tonton beberapa
hari lalu. Pun, tetap segar dan menginspirasi.
Kisahnya berlingkar pada Betty Anne Waters, pelayan bar yang harus kembali belajar demi keadilan buat abangnya Kenneth "Kenny" Waters yang didapati bersalah dalam sebuah kes pembunuhan.
Begitu lah ia bermula; kisah daya dan iltizam yang tak terkalahkan.
Jumaat, Julai 20, 2012
Sinema
Meski bergelut menghadam The Arab Awakening, saya sempat menghabisi Sinema Spiritual-nya Faisal Tehrani yang baru saja terbit. Ideanya cukup bersemangat; bahawa filem harus menjadi sekolah tauhid.
Ia sebetulnya adalah himpunan tulisan-kritikan yang tersiar dalam akhbar Siasah antara 2008 hingga 2010. Lewat buku ini, filem tak hanya sebatas medium mengaut laba, tapi adalah sebuah medan ilmu dan dakwah.
Ya, ia penyampai pesan qur'ani melampaui label tohor "filem islami".
Labels:
Agama,
Aktiviti,
Filem,
Seni,
Telaah Buku
Rabu, Julai 11, 2012
Azah
Azah Aziz, ibu kepada misi pengupayaan bahasa, budaya dan seni di Malaysia meninggal dunia kelmarin. Dalam akhbar New Straits Times hari ini, Johan Jaaffar menukil sebuah eulogi yang menarik buatnya;
For, she believed language is the best manifestation of the soul of the people, while culture and the arts best reflect the mind and tradition of any race.
Saya hulurkan takziah buat seluruh famili Prof. Di-Raja Ungku Aziz.
Labels:
Kata Pujangga,
Pemikiran,
Peristiwa,
Seni,
Tokoh
Jumaat, Jun 22, 2012
Patuh
Stephen Hawking, sang fizikawan ternama pengkaji black holes pernah menafikan wujudnya surga dan neraka. Baginya, ia adalah fantasi kelompok manusia yang takutkan kegelapan.
Tentu saja kerana ia bukan seorang muslim. Tapi, sosok Rabi'a al-Adawiyya juga berbeda. Ia, sang sufi asal Iraq, pastinya taat dan patuhkan agama. Ironinya, juga tak mengharap surga.
Saya teringatkan bait lirik lagu-nya Chrisye dan Ahmad Dhani; apakah kita semua benar-benar tulus menyambah pada-Nya, atau mungkin kita hanya takut pada neraka dan inginkan surga?
Labels:
Agama,
Omongan Jiwa,
Seni
Khamis, Jun 07, 2012
Dimensi
Shaykh Hamza Yusuf pernah mengisahkan sebuah anekdot yang persis. Dalam kuliahnya, ia bicara tentang Ahmed ar-Rifa'i, seorang tokoh sufi. Dan dalam sedu, ia pun menukil bahawa ada dimensi agama ini yang telah hilang. Katanya, dimensi itu adalah cinta-kasih.
Ahad, Mei 20, 2012
Lat
Lat adalah bahagian hidup saya ketika kecil. Abah punyai hampir kesemua koleksi kartunnya termasuk keratan yang tersiar dalam akhbar. Lukisannya yang santai dengan latar budaya dan masyarakat setempat tak pernah menjemukan untuk diulang baca.
Kartunnya dengan mesej kemajmukan dan silang budaya -- pasti ada watak Cina, Sikh dan India -- awal-awal lagi menyerap semangat perpaduan. Latarnya juga menarik dengan gambaran aktiviti dan keadaan 50-an - 60-an khususnya di sekitar negeri Perak.
Tahun lalu, saya sempat ke Istana Budaya menonton teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Tentu saja saya teruja dikisahkan dengan kembaranya sedari awal mulai melukis sehingga lah memahat nama sebagai seorang kartunis bergengsi dan ternama.
Petang tadi, tatkala berjeda melawat tinggalan jentera melombong bijih timah yang sering dilakar dalam kartunnya, saya terkenang Lat.
Labels:
Aktiviti,
Memori,
Omongan Jiwa,
Seni,
Tokoh
Sabtu, Mei 12, 2012
Jumaat, Oktober 14, 2011
PartirĂ²
Manakala terbuai, kata pun lalu hapus. Egoisme yang mahu dihenyak itu seakan membeku tak terungkapkan. Maka benar lah kata Andrea Bocelli; ogni giorno, una conquista; la protagonista, sarĂ sempre lei.
Labels:
Kata Pujangga,
Omongan Jiwa,
Seni,
Sosial
Jumaat, Julai 22, 2011
Foto
Semalam, saya mungkin telah melihat sebuah foto se-epik dengan foto yang pernah dirakam Alberto Korda. Pasca BERSIH 2.0, selain foto aksi lasak dan ganas aparat regim, foto yang terimbas semalam sangat mengganggu.
Sebetulnya hanya rakaman peristiwa. Ia mungkin akan terus diingati atau terabai dan dilupakan. Tapi buat saya, foto beberapa orang anak muda menunaikan tuntutan solat dalam keadaan tangan yang bergari itu cukup agung.
Dan tentu saja saya yakin -- dunia ini milik orang muda!
Sebetulnya hanya rakaman peristiwa. Ia mungkin akan terus diingati atau terabai dan dilupakan. Tapi buat saya, foto beberapa orang anak muda menunaikan tuntutan solat dalam keadaan tangan yang bergari itu cukup agung.
Dan tentu saja saya yakin -- dunia ini milik orang muda!
Labels:
Arus Politik,
Demokrasi,
Peristiwa,
Seni
Langgan:
Catatan (Atom)