Jumaat, Ogos 10, 2012

Iltizam

Hillary Swank memeran watak yang tak terbayangkan lewat Conviction. Filem yang terbit pada tahun 2010 itu, baru sempat saya tonton beberapa hari lalu. Pun, tetap segar dan menginspirasi.

Kisahnya berlingkar pada Betty Anne Waters, pelayan bar yang harus kembali belajar demi keadilan buat abangnya Kenneth "Kenny" Waters yang didapati bersalah dalam sebuah kes pembunuhan.

Begitu lah ia bermula; kisah daya dan iltizam yang tak terkalahkan.

Tiada ulasan: