Kelmarin, alam turut teriak. Untuk suatu duka perginya sebuah kasih, dan sebeban lara yang ditanggung kerana terpisah, tiada siapa akan mengerti. Alam turut bersama meski dakapan membujuk jiwa itu langsung tak terucapkan.
Kami bersama sejak akhir persekolahan. Awal perkenalan -- asing, angkuh enggan merenung, kini hanya mampu saya kenang kembali dalam mimpi dan senggang sunyi. Sosoknya lembut memaut, meramahi dan menyokong.
Saat dihenyak tugasan, ia pasti ada. Malah, tak pernah mempersoal andai ada waktu ia tertikam dengan amarah, dihunjam tanpa belas. Kalau lah boleh diulang waktu, pasti ia akan saya rayu dengan maaf dan rintihan tanda kesal.
Kelmarin, dipenghujung usianya, saya hanya memerhati. Kaget kerana sebelumnya ia cukup segar untuk menemani meski masih terlihat lelah. Tak terdaya saya membiarnya sendiri. Lalu terus saya kendong meski nadinya sepi.
Sebuah beg sandang, rabak di dada dan terputus tali. Ia bukan lah apa-apa. Cuma buat saya, ia beg yang cukup bermakna. Pergi lah kasih, jumpa lagi di sorga.
Memaparkan catatan dengan label Suatu Masa. Papar semua catatan

Khamis, Januari 13, 2011
Jumaat, Julai 10, 2009
Natrah
Singapura bergolak awal September 1950. Rusuhan atas nama agama yang dijana oleh masyarakat Melayu dan orang Islam ketika itu pantas merebak. Mereka tidak langsung gentar berdepan aparat kuasa tentera dan polis British. Bukan sedikit yang cedera, malah jumlah kematian juga menggentarkan.
Hanya demi akidah seorang gadis, mereka sanggup berdepan risiko yang mendatang. Pertembungan Islam dan Kristian lewat keputusan mahkamah yang mengembalikan hak jagaan Natrah kepada kedua ibu bapanya yang berbangsa Belanda, terus mencetus konflik. Keadaan tegang dengan semangat yang berkocak.
Penderitaan Natrah lekas mengundang simpati dunia. Bantuan datang mencurah dalam pelbagai bentuk. Sosok orang Melayu karismatik seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Prof. Ahmad Ibrahim antara yang awal menghulur bantuan. Matlamatnya hanya satu; Islam yang dianuti Natrah harus dipertahankan!
Kita memerlukan masa lalu untuk merencana masa depan. Kisah Natrah tidak harus selama-lamanya dipandang sebagai suatu konflik agama yang menyebabkan kita terperangkap dalam ketakutan dan rasa was-was. Ia sepatutnya mengajar kita untuk jujur mengakui kelemahan dalam beberapa aspek bernegara.
Dan kisah ini perlu mendapat perhatian khalayak secara keseluruhannya. Iktibar yang tercermin melaluinya perlu diteliti dengan baik. Kemajmukan agama yang sedang kita nikmati di Malaysia boleh menjadi bom jangka jika tidak ditangani dengan betul dan berkesan. Ia mendesak kita untuk sentiasa waspada dalam keterbukaan.
Beberapa hari yang lalu, Natrah meninggal dunia dalam usia 72 tahun di negara asal kedua orang tuanya; Belanda. Meski ia sudah tiada, latar masa dan peristiwa lampau yang pernah ditempuh dulu sentiasa hidup. Ia tidak perlu dikuburkan demi rasa senang bahawa ia telah berlalu. Kita perlu belajar sesuatu.
Buat Natrah, bersemadilah dalam damai.

Labels:
Omongan Jiwa,
Peristiwa,
Suatu Masa,
Tokoh
Selasa, Julai 07, 2009
Sabtu, Mei 16, 2009
Selamat Hari Guru
Tidak mudah untuk menyusun kembali puzzle kehidupan. Apabila saya cuba mengisi satu demi satu ruang dengan memori lampau, ia seakan tidak punya titik mula. Imbauan terlalu sukar untuk dicorak dengan berkesan.
Namun saya percaya, di mana pun jua permulaannya, kehidupan sehingga ke hari ini tidak boleh lari dari bayangan segar dasawarsa lalu. Saat itu, saya baru ingin dimanusiakan. Dan tentu saja selain keluarga, proses itu dimulakan oleh seorang guru.
Saya, bahkan mungkin kesemua daripada kita, punya pengertian dan memori mendalam tentang itu. Dengan penuh kesedaran, kita harus mengakui bahawa seorang guru merupakan tunjang dan nadi kepada pembentukan diri.
Ah, kita tidak sama. Cerapan kita berbeza. Cukuplah omongan itu saya hentikan di sini. Cuma, apapun tanggapan kita terhadap guru dan nilai yang mereka salurkan pada kita sepanjang hidup, hal itu perlu sentiasa dihargai.
Sebelum munculnya mentari esok, saya harus mengakui bahawa tiada kata dan lafaz lain yang indah untuk saya ucapkan. Segala rasa kasih, pengharapan dan penghargaan telah terangkum dalam suatu slogan keramat, kenangan terhadap sebuah jasa yang hebat;
Selamat hari guru!

Suatu Masa
Jumaat, Mei 01, 2009
Manusia Indonesia
Dalam ceramahnya di Taman Ismail Marzuki, Jakarta, tanggal 6 April 1977, Mochtar Lubis menanggapi beberapa hal berkaitan masyarakat di Indonesia. Pasca ceramahnya, tokoh wartawan dan sasterawan ini menerima maklumbalas pelbagai dari khalayak.
Ia melihat bahawa permasalahan sikap dan perilaku yang mendarah daging dalam kalangan masyarakat Indonesia sebagai penghalang kemajuan. Pun begitu, ceramahnya masih bersifat umum dan tidak mengkhususkan cerapan pada kelompok tertentu.
Justeru, ada baiknya inti ceramahnya bertajuk 'Manusia Indonesia' itu saya perturunkan kembali di ruang ini. Mungkin hal ini akan sedikit mengganggu benak. Namun saya mengharapkan kejujuran dan kerendahan hati untuk kita maladeninya.
Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat Indonesia yang ia gariskan;
• Bersikap hipokrit atau munafik
• Tidak bertanggungjawab
• Berjiwa feudal
• Mempercayai tahyul
• Bersifat artistik
• Berwatak lemah
Mengenangkan yang kita berasal dari rumpun yang sama, wajar untuk kita bermuhasabah kembali mengenai hal ini. Dan akhirnya terpulang kepada kita, mahu maju dengan menyingkirkan segala kelemahan atau terus melemah dengan segala kekurangan.

Pemikiran,
Suatu Masa
Selasa, April 07, 2009
Tentang Cinta Dan Kemuliaan
Peperangan, andai bertemu kematiaan saat melaluinya, itulah kemuliaan teragung buat manusia. Demi tanah air, kepahlawanan mengusung makna besar yang tak terungkapkan. Di situ juga letaknya nilai maruah dan harga diri.
Resminya memang begitu. Sejak awal usia, anak kecil di Sparta tidak pernah tahu apa itu kasih sayang dan cinta. Pembaptisan bagi mereka adalah merah darah yang terhambur daripada luka hirisan pedang dan kesakitan dihentam senjata.
Leonidas antara anak kecil yang merasainya. Sehingga ia besar seiring peningkatan usia, mulutnya terkunci untuk mengungkap frasa muluk berbaur bahagia. Sesungguhnya, hati manusiawi dalam dirinya kabur dan hampir lenyap.
Ia beriman pada pembunuhan saat peperangan. Ia yakin benar di situ letaknya kemuliaan insan. Egonya memuncak. Meski dikurnia permaisuri rupawan dan seorang putera penyambung keturunan, Raja Sparta ini tetap keras dalam bertindak.
Namun semuanya berakhir di medan Thermopylae. Kematian jugalah yang mencetuskan kesedaran. Tatkala seorang pahlawan yang bersamanya dibunuh ketumbukan Parsi, Leonidas tersentak mendengar rintihan bapa pahlawan yang mati itu.
Ia tidak teriak atas kematiaan anaknya. Malah hatinya berbunga riang dapat bersama zuriat sendiri mempertahankan tanah air. Apatah lagi dapat bersama di sisi mempertaruhkan nyawa dan kehormatan diri. Meski akhirnya bertemu mati.
Namun ia kesal mengenangkan sesuatu. Sesuatu yang seharusnya ia lakukan sejak lama dulu, sejak sebelum anaknya yang juga merupakan pahlawan itu ditamatkan riwayat. Ia berharap benar untuk mengungkap kasih pada jasad yang telahpun kaku.
Dan mungkin kerana itu, Leonidas berwajah sayu mendongak langit. Redup yang dipayungi awan akhirnya menyaksikannya mengungkapkan lafaz asing itu. Mulutnya bergerak mengukir senyum saat mengucapkan sayang buat permaisurinya.
Akhirnya ia rebah dipanah ribuan busur yang berterbangan. Leonidas mati dalam rasa cinta yang tulus. Imannya kini runtuh. Kematian dalam perang bukan kemuliaan teragung. Kasih sayang dan cinta jauh mengatasinya.

Filem,
Suatu Masa,
Tokoh
Ahad, Mac 08, 2009
Mulanya Kalimat Zaman
Ia berpaling memulakan bicara;
"Tiada siapa perlu lakukan apa yang bukan kemahuan hatinya." Si keparat itu membentak sambil bertanya garang. "Siapa cakap tu? Siapa cakap tu?" Dadanya berombak saat ia melanjutkan kata, "tugas hamba, bawa gadis ini kepada ketua hamba, datuk tak payah lah masuk campur!", bentaknya pada Hang Tuah.
Mendahulukan hikmah, sang pendekar menambah;
"Selagi ianya di bumi Melaka, ia menjadi tugas hamba, lepaskan dia. Cinta dan restu tak boleh dipaksa." Gagal mencari helah, si keparat menjawab mudah seraya menampakkan kebodohan mengikut tanpa waras pertimbangan. " Ini perintah ketua hamba. Bagaimana kalau ini tugas Datuk Laksamana?"
Rupanya sejarah telah lebih dahulu menukilkan tragedi duka yang mengalami pengulangan pada zaman ini. Jelas sekali, segelintir kita bertindak seperti gembalaan yang hanya menurut kata tanpa periksa.
Sesungguhnya, sejarah seperti ini memadai buat kita mengambil pedoman daripadanya. Daripada runtuhan kota Melaka, tamadun baru akan terbina. Cuma, sampai bila mahu diletakkan sebagai mangsa?

Arus Politik,
Suatu Masa,
Tokoh
Selasa, Disember 30, 2008
1430
Tahun baru ini tidak mahu saya isikan dengan azam-azam tipikal buat pemanis mulut yang sering meniti di bibir. Namun demikian, saya tetap percaya bahawa kekuatan Hijrah bagi mencipta perubahan harus sentiasa dimaknakan.
Seperti juga masyarakat umum, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kehidupan. Selagi mana ia masih berpaksikan nilai agama yang menyeluruh dan diupayakan dengan kekuatan akal untuk memandunya, masa depan yang baik tentu bukan khayalan siang yang sia-sia.
Atas dasar itu, ketibaan tahun baru Hijrah meninggalkan memori usang kegagalan dan ketidakberhasilan apa jua tindakan kita tidak harus dijadikan alasan untuk mandom dan layu di arena sukar kehidupan.
Pengajaran daripadanya harus segera dijadikan pedoman untuk mencorakkan hari-hari mendatang agar kita tidak terus leka dipancung sikap negatif yang hanya menunggu masa memakan korban.
Lihatlah ke hadapan. Penerokanya harus utuh dan melaluinya dengan penuh harapan.
Salam Maal Hijrah 1430!

Jumaat, Disember 19, 2008
Gunung Ledang
Bila ia kehilangan Shams-e Tabriz, maka Jalaluddin Rumi bersendiri mengulit kemistikan sufi. Disebabkan itu, lahirlah Diwan-e Shams-e Tabrizi. Dicarinya teman yang benar-benar ia cintai.
Saya akan berkunjung semula ke Gunung Ledang petang ini. Hati tidak langsung berhajatkan untuk ketemu sang puteri yang misteri. Cukuplah dengan janji alam untuk menemani kesunyian diri.
Naluri sepi, pada keindahan alam ini akan saya kuburkan gelisah mimpi. Gerak alam juga mengesankan. Keriuhan dalam kehijauan hutan seolah-olah sedang cuba menghantarkan pesan.
Saya tidak menginginkan lagak sufi dan kemistikan Rumi. Tapi adakah alam mampu memberi nikmat kehidupan yang seharusnya saya nikmati?

Rabu, Disember 10, 2008
Pengajaran Pasca Sahifah
Jauh dari persoalan fitrah dan keinginan yang harus dipenuhi, kita diperangkap suatu kuasa dengan nilai yang sangat mulia. Dalam keadaan ini, tatacara hidup tidak mungkin mampu bebas tanpa apa-apa kekangan. Kita harus juga mengerti bahawa kekangan itulah yang menyempadani kehidupan dari wilayah kelam kemanusiaan.
Hari ini, hakikat ini masih tidak dimengerti malah langsung tidak cuba difahami. Kita lebih gah dengan slogan-slogan dongengan yang menjustifikasikan keadilan dan kebebasan dengan kebebalan fikiran. Nilai dicipta untuk mewujudkan suatu bentuk perjalanan kehidupan yang berpaksikan keteraturan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Hal inilah yang mencorak masyarakat dan menghindar mereka daripada terjerumus dalam gaung kebinasaan.
Sejak termeterainya Sahifah Al-Madinah, bukan sedikit perdebatan timbul. Semuanya cuba merungkai keperluan masyarakat dicorak dengan kekangan dan bukan membiarkan mereka lepas bebas sehingga akhirnya menemui kehancuran dalam keadaan yang pelbagai. Sehingga kini, persoalan ini masih tidak sepenuhnya dihadam oleh khalayak. Saya yakin ia bukan kerana persoalan ini sukar tetapi tentu ia disebabkan oleh penafian yang cuba dikedepankan tentang kesucian agama.
Saya wajib bersyukur pada Tuhan kerana nikmat agama ini yang dikurniakanNya menjamin masa depan yang lebih cerah terlihat jalannya. Kita tidak perlu mati sebelum tahu bahawa sesuatu yang diimani itu sesat kalau sejak mula lagi kita jujur dengan pandangan dan kekuasaan akal yang dianugerahkan!

Langgan:
Catatan (Atom)