Tidak mudah untuk menyusun kembali puzzle kehidupan. Apabila saya cuba mengisi satu demi satu ruang dengan memori lampau, ia seakan tidak punya titik mula. Imbauan terlalu sukar untuk dicorak dengan berkesan.
Namun saya percaya, di mana pun jua permulaannya, kehidupan sehingga ke hari ini tidak boleh lari dari bayangan segar dasawarsa lalu. Saat itu, saya baru ingin dimanusiakan. Dan tentu saja selain keluarga, proses itu dimulakan oleh seorang guru.
Saya, bahkan mungkin kesemua daripada kita, punya pengertian dan memori mendalam tentang itu. Dengan penuh kesedaran, kita harus mengakui bahawa seorang guru merupakan tunjang dan nadi kepada pembentukan diri.
Ah, kita tidak sama. Cerapan kita berbeza. Cukuplah omongan itu saya hentikan di sini. Cuma, apapun tanggapan kita terhadap guru dan nilai yang mereka salurkan pada kita sepanjang hidup, hal itu perlu sentiasa dihargai.
Sebelum munculnya mentari esok, saya harus mengakui bahawa tiada kata dan lafaz lain yang indah untuk saya ucapkan. Segala rasa kasih, pengharapan dan penghargaan telah terangkum dalam suatu slogan keramat, kenangan terhadap sebuah jasa yang hebat;
Selamat hari guru!
Sabtu, Mei 16, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
selamat hari guru ;)
Catat Ulasan