Dalam basa-basi sebelum mendeklamasikan Di Atas Padang Sejarah di #KL112 lalu, Pak Samad berterima kasih kepada rakyat kerana memberi maruah kepada "orang baca puisi."
Di
tangannya, puisi adalah senjata. Ia jadi wahana yang mencitrakan detak
jantung serta denyut nadi umat melawan regim zalim dan korup. Sastera
diranumi bahasa perlawanan.
Kekadang,
kita pun jatuh hairan bagaimana ia, pak tua dengan usia lebih separuh
abad, lebih bermotivasi untuk menggemakan hak dan kebenaran melalui
ekspresi kesusasteraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan