Ahad, Mei 20, 2012

Lat

Lat adalah bahagian hidup saya ketika kecil. Abah punyai hampir kesemua koleksi kartunnya termasuk keratan yang tersiar dalam akhbar. Lukisannya yang santai dengan latar budaya dan masyarakat setempat tak pernah menjemukan untuk diulang baca.

Kartunnya dengan mesej kemajmukan dan silang budaya -- pasti ada watak Cina, Sikh dan India -- awal-awal lagi menyerap semangat perpaduan. Latarnya juga menarik dengan gambaran aktiviti dan keadaan 50-an - 60-an khususnya di sekitar negeri Perak.

Tahun lalu, saya sempat ke Istana Budaya menonton teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Tentu saja saya teruja dikisahkan dengan kembaranya sedari awal mulai melukis sehingga lah memahat nama sebagai seorang kartunis bergengsi dan ternama.
 
Petang tadi, tatkala berjeda melawat tinggalan jentera melombong bijih timah yang sering dilakar dalam kartunnya, saya terkenang Lat.

Tiada ulasan: