Ada sebuah anekdot menggugah dari negeri jauh; tentang kematian. Di medan tempurnya, soldadu bersiap untuk mati, demi hidup baru yang menurut mereka, surgawi.
Perang pun pecah, dan memang benar, ketumbukan musuh gentar. "Kami bertempur," begitu mereka berteriak dalam ketakutan, "untuk terus hidup, bukan untuk mati."
Itu memang paradoks yang tak terelak. Oleh seorang commentator, ia menulis bahawa itu tanda bahawa hidup ini tak bahagia kerana kita harus mati untuk jadi bererti.
Teror, atau al-amaliyah istisyihadiyah itu adalah hal kompleks yang tak terjelaskan. Tapi mungkinkah kita tahu bila waktunya bahawa hidup bukan lagi sebuah harapan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan