Isnin, Disember 03, 2012

Rentas

Saya selalu bingung, juga tertanya-tanya, sama ada perhatian kita terhadap isu-isu kezaliman dan penindasan bersifat memihak atau punya pengertian yang luas.

Adakah dhamir kita memilih untuk berpaut kepada sentimen agama, politik, dsb; atau ia merentas kesemua itu demi nilai keadilan adalah persoalan yang tak terjawab.

Edward Said akhirnya mengembalikan perspektif, dan ia menyindir hal itu sebagai versatile conscience, suatu sikap tercela kerana gagal berjujur serta berpendirian.

Itu pintanya -- Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah!

Tiada ulasan: