Jumaat, Januari 09, 2009
Belajar Daripada Mitos
Potret mitos Greek ini saya abadikan buat Temenggung dan teman-teman yang sentiasa cuba untuk kritis. Moga landasan sudut pandang kita kekal jujur dan tulus kerana nyawa umat Islam di Palestin bukan dagangan yang boleh direntap rakus!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
gamba tu mcm lucah je aku tgk. ishk2
agak lucah.tapi kali ini ia sinis!
haha...t. kasih atas keperihatinan saudara Hanif, saya bukannya mengkritik untuk menunjukkan sokongan terhadap Israel, tetapi sebagai warga M'SIA, saya yakin kita ada lebih banyak masalah untuk diselesaikan di laman sendiri.
Sifat suka membantu memang sudah sinonim dengan msykt Melayu, tetapi percayalah kata2 saya, apabila negara ini dilanda krisis seperti Palestin, tidak ada sesiapa pun yang akan dtg membantu, termasuklah negara2 Arab(Islam) seperti Iran, Arab Saudi dan negara2 Teluk (yang merupakan 'ally' AS). Sekarang pun negara2 tersebut asyik berdiam diri dan tidak mempunyai pendirian Jadi buat apa kita nak mempedulikan masalah2 mrk?
As for me, i don't look at this Israeli and Palestinian war as a religious affair,maybe its partly due to the fact that i am a non-Muslim, we should all say NO to WAR as a general issue, not only when it involves a Mulsim and Jewish nation. If you are fighting this particular war on the basis that you care for your Muslim counterparts in Palestine, and was solely on your prerogative, then i say go ahead, its fine, BUT, if you are doing it because the so called 'leaders' are asking you to, then i say, you should all be careful, because this shows that even they have gotten all their priorities wrong. This is an example of when corrupt politicians uses the opportunity to influence their loyal citizens by inciting foreign affairs in order to gain home advantage and stomp their authority over the country. As M'sians, we cant allow this to happen.
Sekian je dari saya. Terima kasih kpd saudara Hanif krn memberi peluang kepada saya untuk berbahas di blog yang menarik ini.
Tu macam gambar Sisyphus. Mengingatkan saya pada karya Albert Camus, The Myth of Sisyphus yang menonjolkan falsafah Absurdism....
Temenggung,
Saya berbesar hati menerima pandangan anda walau sebesar manapun perbezaan antara kita. Malah, sikap seperti itu juga perlu dipuji kerana sdra tidak mahu terus terperangkap dalam sentimen dan sdra cuba melihat dari sisi-sisi lain yang juga relevan.
Namun begitu, saya melihat tindakan yang reaksioner punya kepentingan dalam isu ini. Tekanan segera perlu diberikan terhadap Zionis. Malah tindakan seperti ini juga berjaya menampakkan kesan daripada segi ekonomi dalam isu karikatur penghinaan Nabi Muhammad oleh sebuah akhbar Denmark dulu.
Telah saya sebutkan dalam komentar terdahulu, Malaysia masih ketinggalan dalam persoalan-persoalan substance untuk menghadapi usaha boikot yang berterusan. Kebergantungan kita masih terlalu banyak pada kecanggihan teknologi dan produk-produk Amerika. Usaha boikot mungkin akan menjahanamkan ekonomi negara. Itulah sebabnya tindakan reaksioner kita ini tidak perlu dimatlamatkan untuk menjatuhkan terus Amerika dan sekutu. Tetapi hanya sebagai tindakan awal dan latihan kepada masyarakat supaya mereka sedar bahawa kita juga mampu hidup tanpa Amerika.
Boikot saja apa yang boleh dan mampu kita boikot. Hal inilah yang menyebabkan persoalan makanan menjadi hujah perdebatan kerana kita punya keupayaan untuk melakukannya. Sdra memberi cth2 yang canggih spt penggerudi minyak, jet dsb. Tentunya hal seperti itu sukar dilakukan oleh masyarakat tanpa dokongan pada pemerintah.
Saya juga tidak mahu termasuk dalam sisi gelap sejarah dan menghidu sampah yang terhasil daripadanya. Saya tidak melihat keperluan untuk kita menggali semula kesilapan Dr. Mahathir dalam isu ini. Sejarah itu penting untuk dipelajari, tetapi ia tidak harus membuatkan kita buta dan terhenti untuk menyuluh masa depan yang masih samar di hadapan. Lupakan kebobrokan Mahathir. Gunakan semua kekuatan yang kita ada hari ini untuk menanganinya!
Saya juga yakin Islam tidak memilih bulu dalam hal keadilan dan penindasan yang dilakukan. Isu Palestin lebih dekat dengan umat Islam kerana di sana letaknya Masjid Al-Aqsa yang menjadi saksi terhadap kesucian agama Islam menerusi peristiwa Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Tiada sebab untuk saya berpihak dalam hal-hal untuk menegakkan kebenaran tanpa mengira apa pun agama yang dianut oleh manusia yang dizalimi. Dan itulah sebabnya sdra dpt melihat logo membantah ISA di sisi kanan blog saya.
Sdra juga perlu tahu bahawa Islam tegas dalam persoalan prinsip dan akar tetapi fleksibel dalan pendekatan. Palestin perlu dipertahankan dengan segenap ilmu, kemahiran dan tenaga. Boikot hanya tindakan yang tidak tetap serta kekal, namun melaluinya kita berharap umat Islam akan lekas sedar tentang sengsara sdra seagama.
Sdra, jgn kita keliru dengan keikhlasan untuk membantu dengan penantian untuk dibantu. Jika kita punya rasa tanggungjawab dan benar-benar percaya dengan segala kemungkinan yang ada(janji Tuhan dlm Al-Quran), maka tidak perlu kita terlalu memikirkan mengapa negara-negara Islam terus membisu. Kita punya upaya, gunakan sebaiknya!
Terima kasih juga kpd sdra kerana memulakan Pencerahan di blog saya!
Sapere Aude!
oh ya. sy hampir terlupa.
ada banyak pengajaran yang dibawa Sisyphus!
fikir ya!
Catat Ulasan