Kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar
-Hang Tuah, filem Puteri Gunung Ledang
Manusia tidak perlu malu untuk menjadi bodoh. Ada ketika tertentu, kebodohan boleh diterima sebagai kurniaan meski manusia dicipta dengan kekuatan akal serta dipandu wahyu daripada Tuhan. Jika benar-benar dirangsang, manusia sebetulnya harus pandai.
Namun begitu, sekali lagi ditegaskan, manusia tidak perlu malu untuk menjadi bodoh. Tentu ada sebab yang jelas mengapa keadaannya sebegitu andai manusia sudah berusaha sekuat daya untuk mengelakkannya. Nyata, kebodohan dalam keadaan seperti ini tidak menjelikkan.
Yang pasti, menjadi bodoh adalah lebih baik daripada membiarkan diri daripada diperbodohkan. Dengan segala macam situasi dan fakta yang terbentang, membiarkan diri diperbodohkan adalah sangat tidak munasabah.
Dan di sinilah relevannya Hang Tuah. Kalimat yang diungkapnya itu harus direnung dengan mendalam. Ia bukan kalimat biasa yang mengisi permukaan sahaja. Tetapi makna besar yang ada di sebaliknya perlu dihadam lumat.
Buat pendokong parti politik durjana yang sedang berkuasa, ayuh celikkan mata. Ingat, menjadi bodoh adalah lebih baik daripada membiarkan diri diperbodohkan. Apatah lagi jika kita rela nilai-nilai manusia diinjak rakus tanpa tentangan.
Selasa, Mac 03, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan