Ahad, Mac 08, 2009

Tabik Untuk Rakyat

Saya melihat dengan bangga kebangkitan rakyat memperjuangkan kedaulatan bahasa dalam demonstrasi menuju Istana Negara lewat petang semalam. Walaupun berdepan ancaman pemedih mata dan pancutan water cannon, rakyat membuktikan bahawa ketinggian bahasa Melayu tidak boleh dilacur dengan mudah.

Dalam hal sebegini, kita selalu ralat kerana yang mengepalainya bukan pimpinan kerajaan yang seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat. Malah, mereka lebih memilih untuk membatu dan bertindak dungu dengan hujah dangkal yang tidak meyakinkan. Meski dihadapkan dengan himpunan fakta, naluri mereka tetap buta.

Tiada lagi harapan yang harus kita sandarkan pada mereka. Cukuplah dengan segala pengkhianatan atas kuasa dan tanggungjawab yang mereka lakukan selama ini. Rakyat harus segera bangkit. Dan deru kebangkitan itu sudah terlihat pada wajah mahasiswa, sasterawan, politikus, cendiakawan sehinggalah kepada orang awam.

Biarkan puak berkuasa itu hancur dalam kebodohan sendiri. Mereka sedang mati dalam keegoan duniawi. 7 Mac bukan hanya hari kebangkitan atas rasa cinta kepada bahasa Melayu dan kedaulatannya. Tetapi ia juga hari kematian UMNO yang diisi dengan tangisan jiwa Melayu yang sudah berakar lama.

Tabik untuk rakyat!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu isyarat peruabahan yang akan berlaku pd PRU seterusnya, insya-Allah.

Hanif Amir berkata...

Isyarat tidak akan memadai tanpa usaha dan doa berterusan untuk kita mencapainya. Moga jalan jauh menuju kebebasan ini dipermudahkan Tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Merdekakah jiwa rakyat sepenuhnya?

Hanif Amir berkata...

Rakyat hanya akan merdeka jika mereka membebaskan jiwa daripada segala ketakutan kepada manusia! Dan peristiwa ini telahpun mencerminkannya!

Muhammad Shafiq bin Rosli berkata...

orang2 yg memperjuangkan BAHASA MELAYU ini semuanya sudah pandai berbahasa Inggeris..bagaimana dgn anak2 kampung kita yg langsung tidak tahu apa itu bahasa Inggeris??

fikir sebelum bertindak
saya bukan pro kerajaan malah tidak berpihak pada sapa2 pun tp kita skrang ni memikirkan ttg masa dpn anak melayu kita sendiri

adakah bahasa melayu digunakan di dunia antarabangsa???

adakah subjek bahasa inggeris kita sudah memadai??

FIKIR SEBELUM BERTINDAK