Saya teruja dengan penceritaan Laskar Pelangi versi filem yang diadaptasi daripada novel karya Andrea Hirata. Walaupun sudah beberapa kali hal yang sama saya ungkapkan di ruang ini, ia seperti tidak akan pernah selesai.
Ceritanya terasa jujur dan benar-benar menyentuh. Filem arahan Riri Riza ini tidak hanya menyerlahkan sisi naif sekumpulan anak miskin yang menginginkan pendidikan. Malah ia juga menyerlahkan kebesaran jiwa yang terselindung.
Kecerdikan semulajadi watak Lintang, dilema cinta Ikal, bakat seni Mahar dan pelbagai lagi watak penting lain disokong dengan baik oleh sikap dedikasi dan pengorbanan guru-guru mereka. Pak Harfan dan Ibu Muslimah memang benar guru bangsa.
Banyak hal yang boleh kita pelajari melaluinya. Inspirasi yang dicetuskan oleh filem yang berlatarkan desa Belitong ini jelas membuktikan bahawa cita-cita harus memasakkan kita pada realiti meski dugaannya sukar dihadapi.
Ah, Laskar Pelangi. Indah sekali.
Jumaat, April 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Terima kasih buat sdra. Azmi kerana meminjamkan filem ini. Terima kasih juga buat Amira atas pembelian tetraloginya yang dibawa terus dari Jakarta.
laskar pelangi mmg best!hehe..
Sheriena, saya hampir menangis tatkala menontonnya!;p
Hahaha. (over lak kn). Hahaha
sy pon hampir menangis ble lintang x dpt pegi sek lg.huhuhu.
ble cte m'sia nk buat mcm tu erk?
asek cinte cinte cinte.bosan!
Nur, Laskar Pelangi juga sebenarnya membawa tema cinta. Tetapi cinta itu dimaknakan dalam semangat yang lebih besar dan tidak sempit semata-mata mengenai pria dan dara seperti yang sering terlihat di Malaysia.
Catat Ulasan