Setelah bertahun tidak menjamah telur separuh masak, akhirnya ia menjadi menu sarapan pagi saya hari ini. Bergandingan dengan teh dan roti tampal, saya disihir pesona makanan yang cukup nikmat meski ringkas.
Sudahnya, katil lekas memanggil-manggil membuatkan saya terlena dalam dakapan pagi yang indah dan mendamaikan. Dan kini saya kembali, baru saja bangun dari pembaringan sambil tersedar menu sarapan saya tidak lengkap.
Teh, telur separuh masak dan roti tampal pasti akan lebih mencelikkan mata yang layu sekiranya ia dijamah dengan artikel yang akan saya perturunkan. Oh, ia bukan untuk mata, tapi untuk minda dan jiwa yang buta!
Selamat membaca, ayuh hapuskan kejumudan!
Khamis, Oktober 01, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
wahh..makan roti tampal pun boleh bermadah2 gini eh:)
btw..saya suka cara penulisan anda
Kalau puji setinggi gunung pun, saya tetap tak akan bagi chance bila lawan boling nanti, jangan harap!
Haha. Terima kasih.
eleeeh..
anda ni boleh diibaratkan seperti..
"bertelur sebiji riuh sekampung.. "
xpa2...tunggukan kepulangan ku di semester depan..
setakat pemain amatur seperti anda ni..pandang sebelah mata je..
huhuhu(kasii panas skeettt)
Catat Ulasan