Jumaat, Oktober 01, 2010

Repek

Saya selalu saja mahu mencoret kata di ruang ini. Setiap ada kesempatan -- setelah jenuh menonton filem, membelek buku, atau lepas makan -- semacam ada yang mengganggu benak. Bukan poyo mahu meluah duka jiwa atau menutur kata cinta, tapi hanya mahu mencatat pandangan sejauh hidup dalam jagat raya yang rencam.

Malah, saya tidak pun pernah peduli cakap-cakap konon catatan di ruang ini sebenarnya hanya mahu menunjuk pandai. Seingat saya, selama hidup, melayan kebodohan tak pernah mendidik saya untuk bertambah bijak. Maka, persetankan saja manusia bermulut cabul dengan tingkah yang bacul. Berpencak kata dengannya, buang masa.

Aduh, hilang ilham lagi. Sampai jumpa kembali, nanti!

Tiada ulasan: