Ahad, Jun 24, 2012

Kritik

Soe Hok Gie juga rupanya pernah bertanya, agaknya dalam rasa lelah, samada suara dan kritiknya didengar atau mampu mengubah citra masyarakat.

Ia semacam tak yakin, atau hilang rasa percaya, untuk mengakui yang pandangannya itu akan menambah-baik rusuh dan gawat yang telah tersedia.

Lewat catatan yang prolifik dalam pelbagai wadah, ia memuntahkan fikiran. Tentunya dengan satu matlamat -- menyanggah kebobrokan sang adikuasa.

Dan matinya pun berteman tangis marhaen dengan rasa kehilangan. 

Tiada ulasan: