Alhamdulillah, tahmid kesyukuran itu kita ungkapkan dalam sambutan puasa; bulan yang berawal dengan rahmat, diikuti keampunan dan pembebasan daripada neraka.
Kita berharap, selain istiqamah dengan rutin lazim, bulan ini juga diisi dengan huluran silaturrahmi dan belas-kasih. Juga, menginsafi nestapa umat dan marhaen yang tak tertolong.
Muga kita terus dilapangkan waktu mentadabbur pesan qur'ani dan punyai ruang berlarut dalam bacaan serius yang memperdalam daya renung dan memarakkan benderang hikmah.
Tentunya kita tak mahu hanya tersia dan tersisa dalam kurnia Ilahi.
Buat teman-teman setia dan dewi terpuja -- fastabiqul khairat!
Buat teman-teman setia dan dewi terpuja -- fastabiqul khairat!
1 ulasan:
slamat bepuasa sahabat! :)
Catat Ulasan