Rabu, Julai 11, 2012

Rintih

Aku beserta-mu, orang-orang malang
Gie mengungkapkan itu dalam rintih bangsanya. Ia melihat marhaen yang menderita tak tertolong. Politikus hanya lah pembolot kuasa yang berkhianat kepada tanggungjawab.

Suaranya terasa begitu segar tak dimamah waktu. Kita turut memprihatinkan hal yang sama. Dan memang, tak ada yang beda, bahawa mustadh'afin, sering dimangsakan.

Begitu pun, ia bukan penamat sebuah kisah seperti yang dirakam dalam hikmah kepujanggaan; pabila kita berhenti untuk melawan, momen itu lah akhir hilangnya kemanusiaan.

Tiada ulasan: