Ahad, Julai 29, 2012

Sawm 4

Demam dan selsema mulai kebah dan menghilang. Tapi, awalnya memang tak terelak berasa lemah; kepala sedikit pusing, juga hidung yang berair. Pun, rencana-Nya aneh.

Hamza Yusuf memerikan hal yang sama, kira-kira begini; ia di padang pasir, terdedah dengan cuaca ekstrem. Lantas, dihinggap oleh ketakberdayaan peparu, nafas memendek.

Ia segera ketemu doktor, yang mengkagumkan, sentiasa optimis. Meski lelah, doktor itu memuji-muji fungsi tubuhnya -- seluruhnya positif. Psikologinya terkesan, dan membaik.

Nah, ini kisah kesyukuran manakala kita lupa erti nikmat dan kurnia.

Tiada ulasan: