Isnin, November 12, 2012

Moral

Mengenang hari lahir ke-77 Edward Said, 1 Nov 1935 - 25 Sept 2003.

***

Edward Said, intelektual terhormat yang juga adalah antara suara paling autoritatif dalam konflik Palestin-Israel pernah digelar "professor of terror" ketika hayatnya.

Dosanya, kalau lah boleh ditermakan begitu, hanya kerana memilih untuk berpihak dan lantang menyuarakan ketidakadilan serta penindasan yang tak kunjung selesai.

Saya teringat pesan dalam anekdot Raja Ahmad Aminullah tentang budaya "please, don't quote me", yang tentu saja melacur faham ilmu tanpa amanah dan tanggungjawab.

Keberanian moral; masihkah hal ini wujud atau tersisa di Malaysia?

Tiada ulasan: