Sabtu, Disember 01, 2012

Mithaq

Catatan untuk Akmal Rahimi, Hazimi Zulkifli, dan Ku Nor Fadilah; inner circle yang telah dan bakal menyinsing fajar baru dalam hidup.

***

Pak Natsir lewat kitabnya yang masyhur, Fiqhud Da'wah, mengingatkan kita kepada pesan Qur'ani bahawa perkahwinan adalah mithaqan ghaliza -- sebuah janji yang utuh.

Hal ini, atau setepatnya istilah itu, lazimnya hanya terpakai kepada perkara yang cukup penting. Misalnya, ia dinisbahkan kepada janji Tuhan dengan nabi atau janji antara kaum.

Dalam kaitan ini lah, agama memaknakan ikatan setia uda dan dara. Lewat pemilihan kata itu juga, kita diilhami serta terkesan dengan penegasan kepentingan dan tanggungjawab.

Cukup lah sekadar itu, sebuah ingatan yang mungkin tak perlu. Saya hanya akan berkonotasi condescending bicara dengan kalian yang tentunya sudah pun lebih faqih dan matang.

Muga dikurniakan limpahan rasa bahagia dan ketenangan. Mabruk!

Tiada ulasan: