Isnin, Januari 14, 2013

Diari

Salaam.

Dewi terpuja dan teman-teman terhormat,

I

Pasca #KL112 hujung minggu lalu, saya sebetulnya masih bergelut untuk pulih daripada serangan sunburn dek berlama di bawah terik mentari dalam rapat di Stadium Merdeka.

II

Jujurnya, saya terasa bodoh mengulit akhbar perdana. Terlepas daripada cubaan untuk menghina diri sendiri, ia tetap saya selak untuk menimbang-tara kebobrokan media.

III

Tunjuk rasa kali ini hanya sebuah show of force umumnya. Tapi saya rasa bersalah dengan al-Qardhawi andai tak hadir. Pesannya lewat Thaurah Sha'ab, 'ulama juga adalah 'amilin.

IV

Iltizam kini makin utuh; perubahan tak terelak; ini kali lah, Malaysia!

Tiada ulasan: