Ahad, Mac 17, 2013

Kompromi

Ada seorang ilmuan dengan gelar profesor pernah berpesan kepada saya, yang intinya kurang lebih, mengajukan kompromi dalam hal-hal kebenaran. Ertinya, kekadang kita harus lunak.

Maka tak hairan, dengan bertopengkan hujah agama tentunya, ilmuan itu terus-terusan menjadi juak yang ramah dengan kerajaan. Ia tak berperan-serta menidakkan isu kezaliman.

Tentunya kita boleh menjangka, rencana keislamannya pula kaku dan terpisah dari realiti umat. Ilmu terbuang sebagai gugusan teori tanpa amal meski terdengar bahawa ia cukup mendalam.

Saya pun terhimbau kritik tepat Siddiq Fadzil betapa ulama kini tak punya umat selain hanya bermajikan; dan betapa yang diberatkan bukan lagi pendapat, tetapi hanya lah pendapatan.

Tiada ulasan: