Isnin, Mei 06, 2013

Celaru

Keputusan rasmi PRU-13 oleh SPR tadi menyatakan bahawa Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah berbekal sekitar 112 kerusi parlimen.

Saya akan kedengaran seperti sore loser, tapi dalam sebuah proses yang celaru dan jelas tak adil, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat dan rakyat secara umum menyerah kalah.

Kita dihina dengan cukup keji hari ini bermula daripada persoalan ketahanan dakwat kekal, kemasukan pengundi hantu, pembelian undi serta pemberitaan sendeng oleh media.

Syahdan, para konspirator dan petualang berganti sorak; et'tu Brute?

Tiada ulasan: