Jumaat, Disember 12, 2008

Kejayaan Itu Apa?

Catatan berikutnya adalah catatan lewat. Sebelum membacanya, anda harus tahu bahawa pasukan bola sepak Malaysia telahpun tewas dan tersingkir daripada persaingan merebut kejuaraan Piala Suzuki AFF 2008 yang diadakan di Phuket, Thailand.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teman saya, seorang pengkagum hoki yang dulunya merupakan penyerang lincah di padang bola menyatakan kemarahannnya terhadap pasukan bola sepak Malaysia.

Rasa berangnya membuak-buak tatkala melihat Malaysia diperbodohkan hasil kesilapan penjaga golnya yang tersalah jangkaan. Dalam perlawanan menentang Vietnam di Piala Suzuki AFF 2008 itu, Malaysia tumbang dengan dua gol berbalas tiga.

Jujurnya, saya juga tidak mengharapkan apa-apa daripada pasukan bola sepak Malaysia. Bila diberitakan tentang kekalahan itu, saya hanya perlu menambahkan koleksi piala kekalahan dalam almari kaca yang kabur bola sepak Malaysia.

Tetapi kehampaan tidak akan membantu mempositifkan keadaan. Kemarahan pula adalah duri yang hanya mampu meninggalkan bisa dan melompongkan keyakinan kita terhahadapnya.

Yakinlah bola sepak Malaysia mampu bangkit kembali. Kalaupun tidak, kita harus tahu bahawa ukuran kejayaan bukan hanya dikira pada jumlah kemenangan yang diperoleh di pentas dunia. Lebih jauh daripada itu, kejayaan adalah keunggulan cita-cita dengan segala pahit maung yang dilalui untuk mencapainya!

Success is a journey, not a destination
-Ben Sweetland

1 ulasan:

Komeng berkata...

InsyaAllah bola sepak kita leh bangkit...dgn syarat, org atasan FAM yg xtau apa2 yg hanya kejar pangkat atau duit tu turun...apa guna kuasa Sultan kat atas pemerintahan tertinggi FAM?Mana personil2 bola sepak kita yg sepatutnya layak utk berada dia atas kepimpinan FAM?