Jumaat, Disember 19, 2008

Naif

Lama dulu, teman-teman saya hadir ke sekolah dengan rambut yang terpacak keras. Waktu pulang, wajah-wajah mereka terlihat sempoi menyemakkan pagar belakang sambil jari mengulit rokok berbatang-batang. Tiada lagi sisi tajam kemeja sekolah yang biasanya sering kemas dan segak.

Menjelang petang, wajah-wajah itu jugalah yang memenuhi tembok-tembok kosong di tepi jalan. Dengan gitar tua tanpa seri kerana lanjut usianya, lagu-lagu melayu, lama dan baru terus saja berkumandang. Mereka seakan lupa bila masanya ibu memanggil pulang.

Malam pun menjelma meninggalkan siang yang resah dengan pergolakan manusia mencari harta. Kali ini, kesibukan restoran mamak menjadi pentas aksi. Mereka berbicara memecah sunyi. Secawan teh tarik cukup buat bekalan perdebatan manusiawi mencari diri berjam-jam lamanya.

Dinihari itu, ada tayangan secara langsung bola sepak liga Inggeris. Pulang awal bererti gagal manghayati falsafah anak muda berani. Tiada antara mereka yang mahu dilabel anak manja kerana taatkan ibu dan bapa.

Hujung minggu mula memperlihatkan wajah. Otak mula ligat bekerja. Kali ini, pusat snooker mana pula yang ingin dijelajahi. Kalaupun tidak, masih ada cyber cafe yang belum dimasuki. Ke mana harus diatur destinasi.

Mungkin kerana keberadaan yang terlalu lama, ramai teman saya masih terpaut dalam lingkaran ini. Acapkali juga, saya disindir dengan ungkapan-ungkapan berbisa yang memanaskan hati. Dek kerana punya pandangan dan minat yang berbeza tidak seperti mereka, maka saya dilabel naif. Aduhai teman. Mujur, kenaifan itu dalam kesedaran betapa hebatnya kepelbagaian yang dicipta Tuhan!

Pemerhatian, ia nikmat Tuhan agar kita mengerti apa itu insan.

6 ulasan:

Cahaya Mata Abdullah berkata...

Salam.


bersabarlah dengan kata2 teman2..
meraka kebanyakkannya lalai dan alpa..
tergoda dengan godaan penghuni2 neraka..
jika ada ketabahan hati, keberanian diri, jangan biarkan teman tadi terus terleka,
sikit demi sedikit cuit hati mereka, agar kembali ke pangkal jalan.. kerana kita semua insan yang lemah dan kepada Allah jualah kita dikembalikan..

p/s: thanks singgah at my blog ;)

Hanif Amir berkata...

Ya. Itu yang terbaik. Moga Tuhan sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketabahan.

Hazwan berkata...

Assalamuaalaikum wbt
Pada pandangan saya biarlah orang kata kita anak manja atau apa tapi yang penting family comes first.
Memang banyak manusia serta anak2 muda seperti yang ditulis oleh awak.. jadik kita bersabar sahaja... dan berdoa moga mereka kembali ke jalan yang benar.. Jadi Hanif doalah juga kepada saya Wsalam

Hanif Amir berkata...

Bersabar dan berdoa agar mereka kembali ke jalan yang benar? Kalau begitu, pengharapan kita hanya pada Tuhan bukan?

Manusia mahu bikin apa?

Amira Abdul Halim Draven Singorjo berkata...

manusia mahu bikin kebaikan untuk dunia! itu terma yang tepat untuk manusia seperti kita yang mengejar cita-cita hanif. mereka yang berpeleseran itu juga ilmu kita hayati, betul tak? kalau tidak, masakan ada ilmu psikologi yang sedang nurul aqila dalami

Unknown berkata...

ceh aku masih kurang mengerti disini ya anak muda dan anak tak muda. walau apa pun ingin aku tegas kan disini bahawasanya peperiksaan psikologi bermula pada 8 januari.