Ahad, Disember 14, 2008

Perang!

Awal-awal lagi, perang saraf saya mulakan. Mendengar kehebatan beberapa nama yang diulang berkali-kali, saya pantas berapi. Sebanyak manapun keringat harus dikerah, kesediaan saya malam tadi memang tidak goyah!

Medan tempur itu panas. Gelegak darah dan pusaran deras ribut jiwa jelas kelihatan. Bola maut itu dilontar balingan demi balingan menuju sasaran.

Saya mahu membunuh. Ada yang harus dikorbankan. Pedulikan jam yang tidak henti-henti berdetik. Saya tidak akan balik selagi pertaruhan nyawa ini tidak berkesudahan.

Special team!

Dan akhirnya, bergempita alam maya. Keriuhan dalam kegembiraan hati pantas mengisi ruang. Yang kuat harus menang! Mutlak!
-----------------------------------------------------------------------------------
Catatan ini masih diresapi kekuatan roh kemenangan saya semalam. Walaupun hanya berjaya mengisi tempat ke-dua dalam pertandingan boling itu, saya tetap gembira kerana berjaya mencabar diri untuk berkesan dalam aksi. Oh ya, catatan ini juga sedikit poyo buat manusia yang tidak menyukainya!

6 ulasan:

zinnirah-aljannah (",) berkata...

wah~ anak muda beraksi mantap semalam. mungkin kerana semangat bajunya~ *no offence* :D

btw, tahniah!

Hanif Amir berkata...

Walaupun ada yang menyindir baju itu kelihatan seperti kek lapis, saya membuktikan bahawa pemakainya bukan makanan(lauk) yang rela dikunyah dengan mudah!

Ha ha ha

amel berkata...

nak membunuh tp dok beritahu kat semua orang... memang la gagal! cube senyap2~ rancang taktik diam.. baru pro...

aini berkata...

wah ~ anak muda btol2 bersemangat ye smlm...:D

tahniah

Hanif Amir berkata...

Amel, sy pembunuh yg jujur! Ha ha ha

Aini, terima kasih. Anda juga bermain dengan baik!

Azril'Kiara berkata...

naseb sy takde ..
klo x sekor2 dah terkorban
(komen ini hy laku if sy masih belajar =P .. kini agak sukar kerana darjah bukit abdomen berdekatan hati telah meningkat ..~ oh tidak~)