Selasa, Disember 16, 2008

Syaitan

Ramai yang beranggapan kasih sayang sebagai satu ciri normal yang harus ada dalam diri manusia. Tanpanya, pemergian kita nanti hanya akan meninggalkan puing-puing derita untuk ditangisi. Kita tidak mampu untuk menyelami hasrat hati dan juga norma-norma sosial pada kedalaman sebenar yang selayaknya difahami.

Bagi Gordon Brown dan David Cameron, pertikaiannya masih berlegar pada ruang lingkup politik dan sokongan. Meski mereka mempersoalkannya dengan kesedaran, tiada apa yang mampu mengekang mereka untuk berbicara atas nama hak dan kekuasaan.

Saya terpaku awalnya. Membaca berita ini memberikan satu kejutan yang bukan kepalang pada rasa percaya terhadap kemuliaan manusia. Tidak pernah langsung terlintas di benak, ada yang sanggup melakukan perbuatan sekejam ini. Ah. Mangsanya masih bayi.

Seorang teman menantikan komentar saya terhadapnya sedang saya masih tidak tahu untuk berfikir apa. Baca dan nilailah sendiri. Mungkin ini akibat yang perlu kita hadapi dalam keadaan manusia tidak lagi berpegang pada tatanan moral dan petunjuk. Ia seharusnya diambil pengajaran. Masa depan yang cerah dengan nilai-nilai manusiawi yang tinggi bukan permainan yang menjadikan nyawa sebagai hadiah kemenangan.

Oh Tuhan.

2 ulasan:

hafiz berkata...

salam kunjung. kehidupan yang semakin komplikated. beban. bebal. pedih. ini semua baja2 gila. mental rosak tapi jangan salahkan syaitan...salah manusia. manusia dah gila.

Tanpa Nama berkata...

manusia lagi kejam dr syaitan sekarang...membinasakan makhluk seumpamanya...masyaAllah