Selasa, Februari 03, 2009

Melayu Yang Emo

Catatan ini asalnya ditulis oleh Khalid Jaafar. Atas ihsan dan izin daripadanya, saya paparkan ia di sini. Jalur keturunan dan karakter bangsa harus ditelusuri kembali. Jangan ralat jika ada orang Melayu beria mahu bangsanya dimartabatkan atas nama ketuanan meski ia sedar ketempangan bangsanya sendiri.

Nah! Ini jawabnya! Melayu itu emo!
--------------------------------------------------------------------------------------
Bulan March tahun lalu kawanku Eddin Khoo ke Lisboa, kota Eropah yang pertama menjalin hubungan dengan Melaka. Setiap kali Eddin ke Eropah dia akan bertanya kalau-kalau saya ada permintaan. "Belikan saya satu edisi 'Os Lusiadas' yang lama." Dan Eddin tidak menghampakan. Saya dihadiahkan edisi tahun 1884, tahun takala Eropah digoncang pemberontakan di sana sini.

Os Lusiadas adalah 'poema epico' hasil khayalan Luiz de Camoes. Ia adalah puisi teragung zaman Nahdah Eropah dengan Vasco da Gama sebagai wira dan protagonisnya. Puisi ini akan saya kunyah tahun ini sempena 500 tahun pertembungan kita dengan Eropah. Os Lusiadas semestinya satu bacaan wajib untuk meneliti gejala pertembungan kebudayaan tersebut. Namun sepanjang pengetahuan saya ia belum pernah diteliti atau disebutkan peri pentingnya oleh mana-mana sarjana kita.

Ketika Eropah bangkit dari tidurnya Camoes membertahu kewujudan 'opulenta Malaca', negeriku yang mewah dan kaya. Sang penyair juga menyanyikan jiwa dua bangsa serumpun yang menduduki Melaka yang kosmopolitan - Malaios namorandos dan Jaos valentes.
Melayu diberikan sifat namorandos -- sentimental, emo -- oleh Camoes, sementara orang Jawa berani.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedikit terkeluar dari topik :

Mahu pinjam buku Keluarga Gerilya?

Hanif Amir berkata...

Oh! Tentu sekali! Bagaimana ya?

Tanpa Nama berkata...

salam..
hanif,cube kamu attach video nyanyian sm salim dan m.nasir- seloka cak kun cak, dan mentera semerah padi-m.nasir..
pada saya lgu ini memberi peringatan kepada melayu yg sebenarnya..kian teralpa..maaf andai kenyataan ini agak melampau.

ayuk kita hayati bait liriknya..
wasalam.

Tanpa Nama berkata...

emo..ego..??
which one ya?

Hanif Amir berkata...

Untuk catatan ini, saya fikir ada baiknya kalau kita dengarkan kembali bait lirik Negaraku!