Rabu, Mac 04, 2009

Atas Nama Kebenaran

Wilayah asing pemikiran harus diteroka. Jarang, malah mulanya saya juga janggal untuk merenungnya dengan mendalam. Bimbang andai fungsi otak terjejas apabila dihadapkan dengan pergumulan permasalahan mendasar yang memerlukan hujahan bernas dan jitu.

Namun begitu, Islam ini agama ilmu. Tentunya ia bukan agama yang diturunkan tanpa rangka yang kukuh dan punya ketahanan menghadapi ancaman dan serangan yang pelbagai. Tinggal lagi, warisan ilmu itu hanya perlu digali bagi mencari inti yang pasti.

Semuanya harus kembali kepada pandangan hidup Islam yang benar dan jujur. Tanpanya, apa saja isu berbangkit akan dihadapi dengan tindakan tempang dan tidak menggambarkan wajah sebenar kesucian agama. Malang andai ia berlaku.

Isu terbaru berkait penggunaan nama Allah kelihatannya tidak boleh dihadapi dengan hujah simplistik. Andai jalur ilmu diteroka, di sana nanti akan kelihatan lapisan-lapisan tebal yang perlu diselak satu persatu. Hak, ia bukan persoalan toleransi.

Kali ini, saya mahu bersikap lunak pada kerajaan. Kebenaran, walau diungkap oleh pendokong kesesatan, tetap perlu disokong tanpa perlu kita berpaling melihat kejijikan yang telah mereka tinggalkan. Kerajaan bertindak bijak dalam menghalang nama Allah digunakan sewenang-wenangnya.

Saya mengharapkan isu ini menjadi pemula buat kita untuk meneroka lebih jauh. Agama ini punya dasar yang dalam. Meski kita melihatnya tohor, kedalaman itu tidaklah terlalu sukar untuk di sukat. Hanya saja minda harus sentiasa dibuka untuk segala kemungkinan berdasarkan ilmu yang sumbunya dinyalakan oleh keteguhan iman.

7 ulasan:

Hanif Amir berkata...

Artikel berkenaan larangan bagi orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah boleh dibaca di www.khairaummah.com

Teliti. Moga ia bermanfaat.

nurul shakina berkata...

erm ak setuju sgt,,
mmg x ptt pun gune nme Alah..
sesuke ati..
kan mmg dh khas utk ISLAM je..
tp np skang bru nk larang??
sbb dlu..
time ak kat plkn..
ak penah bkk bible kwn2 sabah ak..
bible dorg dlm base melayu tau..
mmg sah2 gune nme Allah dlm 2..
first2 ak t`kejut gak.
tnye dorg kenape gune allah..
dorg ckp.
mmg cam2..
translate dr god maybe?
um..
ak diam je r..
las2 skang bru kecoh kerajaan..
huh.. bp kurun diam 2??
musykil2..
abes sume kene cetak blk la jwb nye..
hehehh...

Hanif Amir berkata...

Kesimpulannya, mari tingkatkan kefahaman agar perkara-perkara sebegini dapat kita sebarkan hakikatnya kepada yang kurang faham.

Tanpa Nama berkata...

hm...
masalahnya...
perkataaa ALLAH sdh lama dgunakan sebelum ISLAM dtg lg...
penganut2 KRISTIAN N YAHUDI jugak gunakan perkataan...
dalam QURAN sendiri pun tdk dnyatakan yg perkataan ni tdk ble dgunakan oleh penganut selain ISLAM...
sy ada terbaca dlm web yg menyatakan perkataan ni telah DI ISLAM kan...
persoalannya dsini...
sapa yg memberikan kita hak untuk meng-ISLAM kan perktaan ni???
tentunya sekali jawapannya bukan AL-QURAN ataupun HADIS...
jikalau dtanya penganut KRISTIAN siapa TUHAN mereka...
mereka akan pasti menjawab ALLAH...
so...
isunya dsini adalah samaada mereka maksudkan TUHAN yg sama dgn kita...
nama mmg sama tp kita merujuk pada TUHAN yg berlainan...
so...
bukan tujuan mereka untuk mengelirukan sesiapa...
cuma org yg kurang jelas tentang agama lain baru la akan keliru...
sebelum berbahas mengenai isu ini...
adalah lbh baik kita meneliti perkataan ALLAH itu sendiri dari perspektif agama tersebut...
terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengemukakan pendapat

Hanif Amir berkata...

Tawau,

Anda bertanya beberapa perkara seperti berikut;

1) Siapa yg memberikan hak untuk mengIslamkan perkataan ini?

Jwpn:Ya. Bukan Al-Quran dan Hadis. Tapi sejarah. Kedatangan Islam ke tanah Arab telah mengubah struktur budaya, sosial, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat waktu itu. Jadi nilai-nilai Islam sangat mempengaruhi dan punya peranan yang sangat penting. Ini tidak berlaku dalam agama lain selain Islam. Kerana itu, perkataan Allah punya makna tersendiri yang merujuk kepada keEsaan, bukan makna biasa yang merujuknya sebagai Tuhan. Sejarah berperanan memberi kelebihan kepada agama Islam.

2)Samaada mereka maksudkan tuhan yang sama seperti kita.

Jwpn:Tentu sekali tidak. Tapi tiu tidak bermakna kita boleh berdiam diri. Ini kerana dalam sejarah alam Melayu, perkataan Allah tidak pernah digunakan oleh orang bukan Islam untuk merujuk tuhan. Mereka menggunakan perkataan Yahweh. Jadi, kehendak mereka menggunakan perkataan Tuhan sangat meragukan kerana tiada asas yang jelas dalam hal ini.

3)Kekeliruan jika kurang jelas tentang perspektif agama

Jwpn:Inilah yang mencemaskan. Mereka seolah-oleh ingin menyamakan Allah sebagai Tuhan untuk semua. Konsep Tuhan agama Islam dan Kristian adalah sangat berbeza dan hal ini tidak mungkin akan berlaku. Ilmuan Muslim beranggapan, ini jarum halus untuk menyebarkan pluralisme agama(menyamaratakan semua agama). Tanpa pegangan yang jitu, akidah umat Islam bakal goyah dan tidak mustahil akan mewujudkan masyarakat Islam yang keliru.

Sdra boleh merujuk isu ini di www.khairaummah.com. Jwpn yg saya berikan juga berdasarkan artikel tersebut dan penjelasan yg diberikan oleh penulisnya kepada saya. Moga ia membantu.

Terima kasih kerana memulakan diskusi.

Tanpa Nama berkata...

sebagai seorang MUSLIM, sudah menjadi kewajiipan kita utk meletakkan QURAN N HADIS sebagai rujukan utama. benar ISLAM telah mengubah sejarah tetapi itu masih tidak memberikan kita hak yg mutlak utk menggunakan perkataan ALLAH tersebut. ini kerna KRISTIAN telah lama menggunakan perkataan tersebut lama sebelum ISLAM dtg. ada dnyatakan dalam BIBLE surah@bahagian MATHEW dan surah@bahagian MARK bahawa JESUS telah meraung perkataan ALLAH ketika disalib. ya benar kita tahu cerita yg sebenar tentang kisah tersebut tetapi itu dr perspektif ISLAM. sudah tentu penganut agama KRISTIAN mempercayai kebenaran cerita tersebut sebagai mana kita mempercayai kebenaran cerita tersebut dr perspektif kita.
saya setuju mereka menggunakan perkataan YAHWEH tetapi cuba kita translate-kan perkataan tersebut dalam ARAB. sedah tentu perkataan tersebut bertukar menjadi ALLAH. ini kerna makna ALLAH itu sendiri adalah universal. walaupun bunyi ALLAH tetapi bukan nya merujk kepada ALLAH yg kita sembah. jadi apa salahnya disini? sebagai contoh saya mempunyai ayah bernama AMIN dan anda juga mempunyai ayah yg bernama AMIN. adakah kita merujuk kepada org yg sama? seesungguhnya tidak bukan? saya fikir tiada masalah disitu.
kita janganlah terlalu ekstrim dalam perkara ini kerna ISLAM itu agama toleransi. kalau kita terus berkeras utk menarik hak org bukan ISLAM daripada terus menggunakan perkataan ini, saya yakin akan berlaku kekacauan. tambahan pula ini akan menanamkan sikap anti-islam dalam diri mereka. dan saya yakin bukan itu yg dianjurkan dalam islam. tambahan pula, bagaimana untuk kita menarik org bukan ISLAM utk memeluk agama ISLAM yg indah ini jikalau mereka tertekan? sesungguhnya adalah baik jikalau kita bertoleransi demi menjamin keamanan. kita bertoleransi bukan bermakna kita lemah dan mengalah. bukan. ini caranya utk memenangi hati org bukan ISLAM utk tertarik kepada ISLAM kerna dgn berbuat demikian kita akan menunjukkan yg ISLAM itu indah dan syg kan keamanan.

walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih kerna saudar sudi mengemuka kan pendapat mengenai isu ini. semoga dengan ini dapat kita berkerjasama megembangkan ISLAM n memberikan perspektif bahawa ISLAM itu sayangakan ilmu dan bersifat terbuka dalam semua hal.
salam

Hanif Amir berkata...

Sdra Tawau,

Sy bersetuju dengan kenyataan sdra bahawa umat Islam tiada hak mutlak untuk menggunakan perkataan Allah. Namun, saya lebih suka merujuk isu ini dalam konteks Malaysia dan bukan melihatnya dalam konteks dan keadaan di negara Arab.

Bagi saya, tindakan menggunakan perkataan Allah untuk merujuk tuhan dalam agama Kristian adalah tidak sesuai disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1- Faktor sejarah yang memperlihatkan dengan jelas bahawa Allah tidak pernah dirujuk sebagai tuhan dalam agama Kristian

2- Mengelakkan kekeliruan pemahaman agama dalam diri masyarakat

3- Penghormatan terhadap Islam sebagai agama rasmi negara dengan segala ciri yang terdapat padanya

Berkenaan dengan penggunaan nama Allah dalam Bible, saya pohon masa untuk menelitinya berikutan perbezaan fakta yang saya peroleh. Ada ayat dalam Bible yang merujuk tuhan sebagai bapa dan beberapa nama lain. Dan sdra juga memberi fakta baru mengenai penggunaan nama Allah dalam Bible. Saya mahu menelitinya dahulu.

Mengenai contoh yang sdra berikan menggunakan nama Amin, jujurnya ia amat menarik. Cuma jika saya sendiri tidak mengetahu hakikat bahawa Amin itu ayah saya, tentunya di sana ada kemungkinan untuk saya menganggap ayah sdra itu juga sebagai ayah saya kerana namanya yang sama. Kerana itu perlu ada pembeza yang jelas atas nama Amin spt tarikh lahirnya bila, asalnya dari mana, umurnya berapa dll. Tanpa pemahaman yg jelas tentang ciri-ciri ini, saya bimbang jika saya akan meyakini bahawa kita punya ayah yang sama sehingga saya melupakan ayah saya yang sebenarnya.

Saya tidak bersetuju dengan hujah toleransi. Bagi saya toleransi bukanlah bermakna menyerah atas semua perkara yang sebetulnya menjadi hak yang harus kita pertahankan. Saya tetap berpendirian bahawa ini isu penting akidah yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Saya suka melihatnya dari sudut-sudut lain yang mungkin, dan tidak hanya pengertian Allah secara literal dan permukaan.

Dan saya akhiri komentar balas ini dengan terjemahan surah al-Ikhlas.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa." "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat." " Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan," " Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya."