Seorang teman mengemukakan pandangan peribadinya bertitik tolak daripada kenyataan Dr. Mahathir dalam isu PPSMI. Umumnya, sudut pandang yang digunakan oleh mantan perdana menteri itu adalah logik. Hanya saja pemahaman yang keliru berkait isu bahasa dengan sanggahan ilmiah para penyelidik membuatkan pandangannya itu termansuh dengan sendiri.
Tiada siapa yang harus menolak kepentingan bahasa Inggeris. Apatah lagi dalam kegopohan warga dunia mengejar status kemajuan atas nama modenisasi, bahasa Inggeris punya peranan yang bermakna dan tidak boleh dinafikan dengan mudah. Namun kita harus kembali kepada persoalan yang lebih mendasar untuk menyinggung isu PPSMI - sejak bila bahasa Melayu menjadi sebegitu jumud sehingga ia tidak layak digunakan?
Hujah yang menjawab persoalan ini dari sisi positif bahasa Melayu adalah sangat meyakinkan. Itu belum lagi dilihat dari sudut perlembagaan yang jelas mencabuli hak bahasa Melayu. Apapun, saya ingin sekali mengemukakan fakta-fakta jelas yang mampu menyanggah pandangan teman ini tadi. Walaupun mungkin ia telah berkali-kali dibaca, fakta-fakta itu tetap akan saya paparkan di ruang ini nanti.
Mempertahankan bahasa, bukankah ia tanggungjawab kita?
Rabu, Mac 18, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
salam anak muda :)..
rasanya dah lama tak melemparkan pandangan di sini..
erm..
berkenaan isu bahasa ini..
mmg banyak sangat perbincangan sebenarnya..
drpada pejuang2 bahasa yang ingin memperjuangkan bahasa sampailaa kepada pemimpin yang ingin anak-anak bangsanya maju dengan memperkenalkan matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
tapi..pada pendapat saya, PPSMI harus diteruskan..bukanlah kerana bahasa melayu itu tidak standard atau bak kata saudara jumud utk digunakan dalam matapelajaran sains dan matematik.
tetapi. saudara kena ingat bahawa ilmu2 sains dan matematik ini berkembang dengan amat cepat..
jadi adakah saudara mahu bangsa kita ketinggalan.. saya tidak rela
bahasa adalah medium terpenting dalam penyampaian sesuatu maklumat. cthnya pada zaman kegemilangan arab dahulu, ramai scholars dr yunani belajar bahasa arab utk mempelajari ilmu2 drpada org arab.
mengambil situasi dahulu utk diapplikasikan ke dalam situasi sekarang, bahasa termaju di dunia adalah bahasa inggeris kerana ia adalah bahasa perantara yang hampir digunakan di seluruh dunia.
jadi apa salahnya kita belajar bahasa inggeris utk mendapatkan ilmu mereka.
kalaulah kita mengatakan bahawa kita menentang PPSMI kerana mempertahankan bahasa melayu..
tetapi..
adakah sekarang ini kita brtutur menggunakan bahasa melayu yang betul atau sekadar bahasa rojak sahaja.
Kita risau bahawa bahasa malaysia akan terhapus dengan kehadiran PPSMI..
alamak..xleh komen lagilaa..
dah lebih had..
mungkin satu hari nanti kita boleh berbincang wahai anak muda
salam:)
apa kata...
berblog mengenai perkara ringan.
yakni, blogasi mengenai daku.
kali ini sahaja.
[apa yang cuba saya katakan, saya adalah ringan. pemikiran genting yakni critical thinking.]
[[maaf berbahasa aneh.]]
Lina pencilbox, saya yakin sdri tahu peribahasa berikut;
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.."
Mr. S,
Saya juga fikir begitu. Ada baiknya berblog mengenai diri sendiri. Baru Hot HA! Tak gitu?
oh anak muda..
pernah tak dengar peribahasa
'katak di bawah tempurung?'
:P
Tentu saja saya pernah mendengarnya dan rasa bahagia sekali atas pengulangan peribahasa itu oleh sdri.
Moga nafas sang katak tidak hilang di bawah tempurung PPSMI yang kononnya menjadi teduhan era globalisasi.
Catat Ulasan