Selasa, April 14, 2009

Iqra

Seorang teman di Facebook memberitahu bahawa ia hanya akan ke Pesta buku yang akan bermula hujung minggu ini untuk memerhati. Duit tarak! - begitulah ungkapnya lewat status yang terpapar di ruang sosial itu. Saya tersenyum.

Pesta buku selama seminggu bermula daripada 17 sehingga 26 April ini bukanlah suatu acara biasa yang harus dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pesta yang dilangsungkan saban tahun ini sebenarnya menjadi penanda aras budaya ilmu di Malaysia.

Maka, saya wajib menghadirinya. Penyertaan dalam acara dan agenda yang sebegitu besar harus dilihat dengan serius. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat khususnya mahasiswa yang mandom dan tidak segar lantaran hilangnya budaya membaca.

Itulah yang membuatkan saya sedikit ralat. Kemudahan yang sudah tersedia tidak dimanfaatkan sebaiknya. Di universiti, perpustakaan jarang berpenghuni. Buku-buku yang ada tidak langsung terusik. Kalaupun ada hanya pada musim peperiksaan.

Lewat malam semalam juga saya mendapat khabar menggembirakan. Beberapa buah buku yang dipesan melalui seorang teman yang bercuti di Jakarta sudah diperolehinya. Saya akan cuba mencari masa untuk mula mentelaah usai kepulangannya nanti.

Apa tunggu lagi? Jom membaca!

2 ulasan:

amel berkata...

nak ikut! ada transport?

Hanif Amir berkata...

Transport boleh didapatkan di terminal Melaka Sentral. Harap maklum.

Kes3