Ahad, Julai 26, 2009

Mengenang Yasmin Ahmad

Saya mengenali Yasmin Ahmad lewat kocak perdebatan mengenai filem-filem yang diarahkannya. Status quo dan pemahaman tipikal yang dicabar melalui karyanya itu mengundang minat untuk ditonton. Walaupun tidak bersetuju dengan beberapa mesej yang cuba dikendongnya, saya tetap terbuka dengan cuba menghadamnya penuh berhati-hati.

Secara peribadi, saya lebih puas menikmati buah tangan bikinannya dibandingkan dengan pengarah-pengarah filem yang lain. Estetika filem Mukhsin adalah salah satu contoh terbaik yang akan terus tersimpan dalam memori. Dan tentu juga, saya akan merindui variasi iklan hari-hari kebesaran yang sarat nilai seperti yang selalu diarahkannya.

Mengenang sosok berbakat ini, pasti akan terdetik bait lirik keroncong Hujan;

Rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
ada kala bahagia dirasa
meskipun duka nestapa.


Selamat jalan Yasmin Ahmad.

6 ulasan:

HafizuddinPirus berkata...

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.. Semoga Segala dosanya diampuni Allah. InsyaAllah..

Sheikh.. lamo tak nampak.. hang tak rindu kat aqu ke?(hehehehe)

Hanif Amir berkata...

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
esok lusa bertemu kembali.

Insyaallah.

HafizuddinPirus berkata...

ai sheikh, sejak bilae pulak mandi sumur..

petang2 goreng ikan di dapur, goreng ikan bersama-sama dengan cucur,
InsyaAllah kalau masih berumur, semoga ukhuwah kita totap core.. (hehe)

Hanif Amir berkata...

Mentari pagi sinarnya cerah
pabila malam kelamlah ia
panjang usia kurniaan Allah
andai terpisah sabarlah jiwa.

Hadapi dengan senyuman!

ebby hashim berkata...

i'm a big fan of her... after this there will be no more of her films,...

will miss her...

may gid bless her

Tanpa Nama berkata...

wow....sememangnye yasmin seorg yg berdedikasi dan berwawasan..same2 la kite sedekahkan al-fatihah..