Khamis, Januari 28, 2010

Allah

Sebetulnya, sehingga ke hari ini, saya masih belum menekuni kesemua hujah dan syarah seputar kontroversi penggunaan kalimah Allah. Sementara ia belum berjaya saya sudahkan, tentunya tidak adil untuk mengeluarkan pandangan mengenainya.

Menghormati kesarjanaan ulama dan ilmuan yang membahas isu ini, saya fikir kita juga harus sama-sama mencerahkan pemikiran dan sudut pandang yang kabur. Di satu sisi, mereka membolehkan sebelum ditentang oleh pandangan dari sisi yang lain.

Persoalan teologi yang berbangkit tidak hanya memerlukan ketelitian untuk dirungkai. Timbang-tara dalam aspek budaya dan realiti juga harus diambil-kira sewajarnya. Atas dasar itu, saya gembira melihat wacana yang membiak dan subur di sekitarnya.

Akhirnya, ia mengajar kita untuk matang. Kita tidak boleh selama-lamanya hidup dikelilingi sentimen dengan hujah yang longlai. Faham agama harus kuat dengan hujah dan nampaknya memang ia sedang diperkukuh dan dimaknakan sebaiknya.

Fajar baru buat Malaysia terlihat cerah, sungguh!

Tiada ulasan: