Saya kini sedang menikmati hidup. Itu alasan paling mudah untuk dikhabarkan pada teman-teman yang resah melihat saya kurang produktif. Sebahagian mereka merungut dan sempat menyinggung konon saya anti-sosial dan kesunyian, haha!
Umumnya, saya lebih senang mengisi masa berbuat apa yang saya mahu. Membebaskan diri daripada tuntutan dan kemahuan orang lain yang meletihkan rupanya cukup indah. Tiada lagi resah berpanjangan dan rasa hampa yang tak kunjung sudah.
Ia tambah menarik saat saya menerima maklumat sahih daripada seorang tabib. Katanya, dalam suhu 40 darjah Celsius, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan hanya bernafas. Nah, itu cukup menggembirakan dalam kemarau berpanjangan!
Maka selain bernafas tanpa henti(kerana malas bersukan), dan tidur tanpa batasan, saya akan terus beraktiviti memuaskan diri. Dalam senggang waktu begini, tentu saja akan saya manfaatkan sebaiknya untuk membaca, dan terus menonton filem!
Jumaat, Mac 05, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan