Saya perlu jujur untuk mengakui bahawa pembacaan saya terhad. Tatkala ramai yang mengkaji dan berwacana tentang tamadun, saya baru bermula untuk faham erti kata tersebut. Disebabkan itu, saya memang ketinggalan.
Bila ramai yang mengungkap keagungan Islam dan prinsip-prinsip dasar yang membangunkannya, ketahuilah, bahawa saya masih mamai dan kabur. Itulah sebab saya bergelut dalam pemahaman yang berterabur, dan tak teratur.
Dan daya saya terjeda, dalam kebingungan dan kejahilan. Melihat sebahagian umat berbuih mulut bicara tentang Islam, tapi memekakkan telinga daripada sekian banyak pendedahan berkait kepincangan masyarakat.
Saya lelah, jenuh melihat dan memerhati. Ada kelompok, konon mahu mengangkat martabat umat. Tapi bisu, diam dan menyendiri bila umat yang mahu dibelanya itu dirompak, di depan matanya sendiri. Dengan bukti.
Lalu saya tanyakan, "mengapa begini?". Jawabnya, "sabarlah, kemenangan itu pasti." Saya diam, lantas menepuk dahi. Untuk sebuah penjelasan dan keagungan yang mereka yakini, ketahuilah, ia tak mampu saya fahami.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam,
tak mengapa,
perlahan-lahan mendaki gunung,huhu
lebih baik mengaku kurang ilmu daripada sesetengah orang yang merasakan mereka banyak ilmu...
Catat Ulasan