Khamis, Ogos 26, 2010

Mimpi

Saya hampir melupakan Sang Pemimpi. Kalau lah tidak dikhabarkan teman lewat statusnya di Facebook, sekuel filem Laskar Pelangi ini tentu tidak saya tonton. Dan hidup, tanpa sempat terbuai dalam filem seindahnya, pastinya membosankan!

Melalui filem terbaru arahan Riri Reza ini, Ikal kembali mengimbau masa lampau. Ia dikisahkan sebermula watak utamanya mendapat teman baru, Arai, setelah kehilangan Lintang. Filem ini mengambil latar tatkala mereka bersekolah di SMA.

Seperti juga Laskar Pelangi, ia disulam dengan tawa dan syahdu yang mengesankan, setidak-tidaknya buat saya. Mimpi yang ditancapkan sang guru, kreativiti dan usaha yang terjelma, dan nilai persahabatan yang dimiliki cukup mencuit.

Entah mengapa, mimpi mereka selalu saja terlihat indah, apatah lagi apabila setiap impian jadi nyata. Dan mimpi-mimpi itu lah yang menggerakkan mereka sehingga akhirnya berjaya menjejak altar keilmuan ulung di Sorbonne, Perancis.

Filem ini berakhir ringkas. Pedomannya; berani lah bermimpi!

Tiada ulasan: