Selasa, Mei 15, 2012

Mogok

Di Israel, lebih dua ribu tahanan Palestin bermogok lapar sebagai bantahan kepada administrative detention yang dikenakan pihak penjara. Sebahagiannya telah pun memasuki fasa ekstrem mencecah 77 hari tanpa makanan. 

Di Malaysia, laporan oleh SUARAM menyebut bahawa sepuluh tahanan ISA turut bermogok lapar menuntut pembebasan daripada penahanan zalim tanpa bicara. Sehingga semalam, ia memasuki hari ke-empat yang penuh dengan derita.

Di dunia mana pun, kita bersolidariti demi kebebasan dan keadilan.

Tiada ulasan: